hit tracker Hari Raya Haji 2026: Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah – soka sardar

Hari Raya Haji 2026: Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah

Untuk tahun 2026, salah satu perayaan utama yang bakal disambut oleh masyarakat di Malaysia adalah Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji 2026.

Hari Raya Haji merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh umat Islam untuk memperingati ketaatan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya, Nabi Ismail atas perintah Allah.

Mengenai Hari Raya Haji

Hari Raya Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Haji merupakan salah satu peristiwa penting disambut oleh umat Islam dan jatuh pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam.

Perayaan ini adalah untuk memperingati pengorbanan besar Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bagi menunjukkan ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Menurut Al-Quran, Allah SWT menguji Nabi Ibrahim dengan perintah iaitu mengorbankan anaknya, Nabi Ismail. Keduanya dengan penuh keikhlasan dan ketaatan menerima perintah itu.

Namun, ketika Nabi Ibrahim sedang bersiap untuk mengorbankan Nabi Ismail, Allah SWT mengutuskan malaikat Jibril menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kambing untuk dijadikan sebagai korban.

Ini adalah ujian dari Allah SWT; untuk menguji kesetiaan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Saffat ayat ke 100-112 yang bermaksud:

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.” Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu.” Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!” Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

Amalan Sunat Sempena Hari Raya Haji

Antara amalan sunat yang boleh dilakukan ketika menyambut perayaan ini adalah seperti berikut:

  • Mandi sebelum menunaikan solat
  • Memakai pakaian baharu
  • Makan selepas solat
  • Mengucapkan takbir
  • Solat sunat Aidiladha
  • Memilih jalan yang berbeza sama ada pergi atau pulang dari masjid

Tarikh Hari Raya Haji 2026

Tarikh hari raya ini pada tahun 2026 adalah pada 27 Mei 2026 (Rabu).

Namun, tarikh ini adalah tertakluk kepada pengumuman oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Cuti Umum & Cuti Sekolah

Cuti umum dan cuti sekolah bagi perayaan ini pada tahun 2026 adalah pada 27 dan 28 Mei 2026 iaitu pada hari Rabu dan Khamis.

Setakat ini, pihak KPM tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung dengan tambahan cuti sekolah bagi sambutan perayaan ini.

Takwim kalendar akademik KPM sesi 2026 akan dikeluarkan oleh pihak KPM yang turut memperincikan perkara ini.

Baca juga: Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

About admin