hit tracker Edika Yusof – Biodata, Kerjaya & Isu Rumah Tangga – soka sardar

Edika Yusof – Biodata, Kerjaya & Isu Rumah Tangga

Edika Yusof, pelakon kacak yang pernah mencuri perhatian ramai sejak era 90-an, kini kembali menjadi tumpuan bukan sahaja kerana bakat lakonannya, tetapi juga kisah peribadi yang penuh liku.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Edika Yusof.

Latar Belakang

Edika Yusof
Kredit: Instagram @edikayusofxx
Nama Muhammad Yusof bin Abdul Majid
Nama Panggilan Edika Yusof
Tarikh Lahir 22 April 1967
Tempat Lahir Kampung Baru, Kuala Lumpur
Ketinggian 185 cm
Pendidikan
Pekerjaan Pelakon dan model
Akaun Media Sosial Instagram @edikayusofxx
Facebook @edikayusoffxx

Edika Yusof mempunyai 12 orang adik beradik keseluruhan dari empat perkahwinan ayahnya (poligami). Beliau adalah anak hasil perkahwinan dari isteri kedua. Adik beradiknya sahaja adalah seramai 3 orang.

Baca juga: Faizal Hussein ‘Walid’ – Biodata, Karier & Drama Bidaah

Penceraian & Isu Rumah Tangga

Edika berkahwin dengan Nor Hidayah Yusri dan dikurniakan tiga orang anak. Pada tahun 2009, selepas kelahiran anak kedua mereka, Nor Hidayah mengalami komplikasi kesihatan serius yang menyebabkan lumpuh separuh badan.

Edika mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni bagi menjaga isterinya sepenuh masa, termasuk menguruskan keperluan harian dan rawatan alternatif.

Namun, pada Februari 2025, Nor Hidayah memfailkan permohonan cerai selepas hampir 22 tahun berkahwin. Edika melafazkan cerai talak satu pada 5 Mei 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Edika Yusof
Kredit: Instagram @edikayusofxx
Edika Yusof
Kredit: Instagram @edikayusofxx

Kerjaya & Profesional

Edika Yusof mula mencipta nama pada era 1990-an. Beliau dikenali menerusi filem dan drama popular seperti Maria Mariana (1996), XX Ray (1992), dan Pelumba Malam (1989).

Selepas beberapa tahun menyepi dari dunia hiburan, Edika kembali aktif berlakon sekitar tahun 2016. Antara kemunculan semulanya termasuk telefilem Permata Hati dan drama bersiri Hikayat Cinta Si Pematah Hati. Beliau juga pernah membintangi drama seperti Project: High Council (2023) dan Pengantin Satu Malam (2020) .

Selain daripada lakonan, Edika turut menjalankan perniagaan dalam bidang rekaan grafik dan percetakan sejak lebih 20 tahun lalu.

Beliau mengendalikan perniagaan ini dari rumah, menyediakan perkhidmatan rekaan dan cetakan untuk pelbagai acara dan jenama fesyen, termasuk Islamic Fashion dan KL Fashion Week

Baca juga: Eyka Farhana – Biodata, Kerjaya & Perkahwinan

Pencapaian Edika Yusof

Walaupun tidak memenangi anugerah rasmi, Edika mendapat penghargaan masyarakat atas kesetiaannya menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri, yang mengalami lumpuh separuh badan selepas kelahiran anak kedua mereka.

Kisah ini menyentuh hati ramai dan menjadikan beliau simbol kesetiaan dan pengorbanan dalam perkahwinan.

Kredit: Dol’s Podcast EP44 (Part 3) – 20 Tahun Jaga Isteri OKU

Fakta Menarik Mengenai Edika Yusof

Kredit: Instagram @edikayusofxx
  • Edika mempunyai beberapa hobi yang menarik seperti pergi ke gym, scuba diving, berenang, dan melukis.
  • Beliau menggemari warna navy blue, masakan sambal petai udang, dan air tembikai.
  • Edika pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang.
  • Beliau pernah bekerja sebagai seorang pramugara sebelum bergiat aktif dalam industeri seni.
  • Minatnya dalam sukan berenang telah membawanya sebagai perenang negeri suatu ketika dahulu. Bahkan beliau juga pernah membuat kelas untuk mengajar kanak-kanak berenang.
  • Beliau mengidolakan nama-nama besar dalam industri seni antarabangsa seperti Amitabh Bachchan dan Al Pacino.

Semoga Edika Yusof terus kuat dan tenang menempuh fasa baru hidup lepas berakhirnya rumah tangga dan kekal bersemangat meneruskan kerjaya seni yang telah lama diceburi.

Semoga sinar baharu dalam hidup membawanya ke lebih banyak kejayaan, baik di layar mahupun dalam kehidupan peribadi.

Sumber:

  1. Instagram @edikayusofxx
  2. Biodata Selebriti Edika Yusof. YouTube A.Aida Production

About admin