hit tracker Eyka Farhana – Biodata, Kerjaya & Perkahwinan – soka sardar

Eyka Farhana – Biodata, Kerjaya & Perkahwinan

Eyka Farhana merupakan salah seorang selebriti muda tanah air yang berjaya mencipta nama dalam dunia hiburan Malaysia.

Berbakat besar dalam bidang lakonan dan mempunyai pesona tersendiri, Eyka bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat tetapi juga ikon fesyen dan personaliti media sosial yang berpengaruh.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Eyka Farhana.

Baca juga:

Latar Belakang

Kredit: Instagram @eykafarhana
Nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi 
Nama Panggilan Eyka Farhana
Tarikh Lahir 3 Februari 1995 
Tempat Lahir Ampang, Selangor
Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Ketinggian 151 cm 
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, model dan jurucakap produk
Akaun Media Sosial Instagram @eykafarhana
TikTok @@misseyka.f

Kehidupan Peribadi

Eyka Farhana merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik dan berasal dari Selangor.

Eyka Farhana & Akhyar Rashid Menikah

Pada Jumaat, 2 Mac yang lalu, Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas mereka disatukan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Ampang, pada pagi ini.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini selamat diijabkabulkan tepat jam 10.12 pagi. Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Dalam majlis yang diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak, Eyka menerima mas kahwin sebanyak RM3,200. Beliau tampil menawan dalam persalinan baju kurung moden berwarna putih hasil rekaan Teh Firdaus.

Beberapa rakan artis turut memeriahkan majlis sebagai pengiring dulang hantaran, antaranya Mimi Lana, Amelia Henderson, Yaya Zahir, Shalma Ainaa, Sophia Liana, Azira Shafinaz, dan Alicia Amin.

Untuk makluman, Eyka dan Akhyar telah mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.

eyka farhana
Kredit: Instagram @eykafarhana
Kredit: Instagram @eykafarhana
Kredit: Instagram @eykafarhana
Kredit: Instagram @eykafarhana
Kredit: Instagram @eykafarhana
@ehmalaysia

Tahniah @Eykafarhana dan Akhyar Rashid yang selamat diijab kabul pagi tadi. Eyka dan Akhyar menggakan persalinan Teh Firdaus, dan Eyka disolek oleh Khir Khalid dan didandan oleh Ckay Liow. #ehmalaysia #EykaAkhyarnya

♬ original sound – ehmalaysia – ehmalaysia

Kredit: TikTok @ehmalaysia
@ehmalaysia

Eyka Farhana dan Akhyar Rashid mengenakan persalinan Rizman Ruzaini untuk acara resepsi #EykaAkhyarnya malam ini. Eyka disolek oleh Sahir Sabri dan dandanan oleh Ckay Liow #ehmalaysia

♬ suara asli – astrooo🪐 – astrooo🪐

Kredit: TikTok @ehmalaysia

Kerjaya & Profesional

Eyka memulakan kerjayanya menerusi drama Juvana (2011), di mana beliau memegang watak sebagai Nadia. Dari situlah nama beliau mula dikenali dalam kalangan penonton drama tempatan. Kejayaannya dalam drama tersebut membuka lebih banyak peluang lakonan dalam drama bersiri dan telefilem.

Beliau kini dikenali sebagai pelakon versatil yang mampu membawa pelbagai watak daripada remaja bermasalah, gadis romantik, hingga wanita penuh misteri.

Filem:

Tahun Tajuk Watak
2015 Jengka Aqish
2015 Polis EVO Yati
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Nadia
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir Nadia
2021 Selamat Hari X Jadi Puteri
2022 Autumn in Wales Aira
2023 Polis EVO 3 Yati
2024 Anak Perjanjian Syaitan 2 Azlinda
2024 Jangan Lupa Aku Cinta Padamu
2025 Safari Mall Farah

Drama:

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Habil & Qabil Maria (15 tahun) TV3
2011 Gemilang TV3
2011 Juvana Nadia TV3
2011 Ramadhan Terakhir Anna TV3
2012 Naik Lif Turun Tangga Suhaila TV3
2012 Bunga-Bunga Syurga Emilia TV3
2012 Mencari Atirah TV1
2012 Citra Juwita Juwita TV9
2013–2015 Ema Emyliana Ema / Emyliana TV3
2013 Rumah Kedai Siti Saleha TV3
2013 Asmara Luna Rania TV3
2014 Istikharah Cinta Atikah TV3
2014 Papa Chef Aina TV3
2016 Uda Dan Dara Nija Astro Prima
2016 Bodyguard Yasmin TV3
2016 Cinta Macarons Alin TV2
2016 Ketupat Palas Mr. Handsome Umi TV3
2016 Atok VS Opah Nak Raya Mila TV1
2017 Sumpah Ibu Suraya TV3
2017 Bahagia Kasihmu Tasnim TV3
2017 Kisah Yang Hilang Suri Bakawali TV3
2017 Red Velvet Kila Astro Ria
2018 Halalkan Hati Yang Ku Curi Eyka TV3
2018 Air Mata Di Bumi Matador Paloma TV3
2018 Banteras Astro Ria
2019 Disisimu Aku Nurin Saqeena Salam HD
2019 Sara Kirana Elly TV1
2019 Bukan Cinta Aku Nida TV3
2019 Nota Buat Cempaka Cempaka Elina TV1
2019 Dia Adelia Dia Adelia TV Okey
2019 Cerita Hantu Asrama Tasha Astri Prima
2020 Budak Tebing Munira @ Ira TV3
2021 Budak Tebing 2 Munira @ Ira TV3
2021 Hello, Jangan Tapau Cintaku Ann Dayana TV3
2021 Checklist Mr. Right Nina Suraya TV3
2021 Serikan Hatimu (Musim 3) Eyka TV3
2021–2022 Dukun Diva Lola (Norlela Hashim) Astro Citra
2022 Bila Hati Memilih Dia Adra Zulaikha TV3
2022 Melodi Raya: MELO’DRAMA’DI Raya Yasmin TV3
2022 Dak Dak Ofis Afifah Farhana Awesome TV
2022 Budak Tebing 3 Munira @ Ira TV3
2023 Melur Untuk Firdaus 2 Mawar TV3
2025 Cikgu Diva Cikgu Rosalinda TV3
2025 Bunga Tiada Cinta Suri TV3
TBA Bunga Bunga Cinta Melur TV3

Web Drama:

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2018 Ghaib Jessica Tonton
2020 Pretty Little Liars Indonesia Siti Halima @ Ema Viu
2024 Satu Hari Nanti Marissa Saffiya IQIYI

Telefilem:

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Sejadah Kaabah Izah TV3
2011 Nur Ain Ain TV3
2012 Jatuh Cinta Tasha TV3
2012 Puteri Pulau Tuba Ain TV2
2012 Diba Benci Abah Diba Astro Ria
2012 Miang Buluh Keladi Birah Fara TV3
2013 Laksam Girl Dahlia Astro Ceria
2013 Anak Lorong Watie TV3
2013 Akhirnya Kisah Perempuan Elina TV2
2013 Super Gameboy Raihana Astro Ceria
2013 Pengancam Perkahwinan Ariana (remaja) Astro Ria
2014 Aising Dan Ceri TV1
2014 Dia Ayahku TVAlhijrah
2014 Kakak Yanti TV3
2014 Aki Bangku TVi
2015 Mahar Cinta Alia Natasha TV3
2015 Aku Mahu ke New York 1 Fazura Astro Ceria
2015 Aku Mahu ke New York 2 Fazura Astro Ceria
2016 Menanti Pelangi Intan TV1
2016 Bujang Terlajak Senang Mastura TV9
2016 Minit Terakhir Syakila TV9
2016 Ustaz Korea Sebelah Rumah Natrah Astro Ria
2016 Qaseh Leyla Leyla TV2
2016 Sepatu Tinggi Medina Medina HyppTV
2017 Tesis Cinta Untuk B Baby TV2
2018 Roni World Cup Wani Astro Warna
2018 Romeo vs Juliet Julie NTV7
2018 Kembalikan Sinarnya Julia TV3
2018 Pengantin Lari Culik Artis Shanie Astro Citra
2019 Kau Selalu Dihatiku Lina TV1
2019 Batik Zakiah Zakiah (muda) TV3
2019 Terkoyak Langit Cinta Julia
2019 Suka Dia Ya Suka Dia Tak Dani
2019 Kerana Husna TV2
2020 #SOKAMPUNG Khalisha TV3
2020 Romeo Gagap Ina TV1
2021 Maulidur Rasul Datang Lagi Felora TV3
2022 Hantu Balik Pagi Rose/Mas Astro Citra
2025 Tiada Jalan Keluar TV Okey
2025 Pondok Abuya TV3

Televisyen:

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2015 Pada Suatu Ketika Pengacara TV1
2016 Dalang Prank Artis jemputan Astro Warna
2017 Jalan-Jalan Bazaar Ramadan Artis jemputan TV1
2020 Sepahtu Reunion Live 2020 Hawa Astro Warna
2021 Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom Artis jemputan TV1
2023 Melodi Artis jemputan TV3

Single Lagu:

  • Laki-laki (2019)

Pencapaian Eyka Farhana

Eyka Farhana pernah memenangi anugerah Pelakon Utama Wanita Terbaik (Malaysia) di Asian Academy Creative Awards 2020 menerusi lakonannya dalam siri Pretty Little Liars Indonesia.

Beliau juga pernah tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2019 dan Pelakon Wanita Popular dalam Anugerah Drama Sangat 2023.

eyka farhana
Kredit: Instagram @eykafarhana

Fakta Menarik Mengenai  Eyka Farhana

  • Eyka dikenali sebagai salah satu artis dengan cita rasa fesyen yang tinggi dan moden.
  • Berperwatakan ceria dan bersahaja, menjadikan beliau mudah didekati dan disukai ramai.
  • Beliau mempunyai pengikut seramai 1.9 juta orang di laman Instagram
  • Eyka mempunyai seorang kakak sulung, Wan Anis Farhana yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), meninggal dunia pada 23 Ogos 2017 pada usia 24 tahun.
  • Mengidolakan pelakon Fazura dalam bidang lakonan.

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Eyka Farhana dan Akhyar Rashid atas penyatuan cinta yang indah ini.

Semoga ikatan yang terbina hari ini menjadi permulaan kepada kehidupan rumah tangga yang penuh kasih sayang, keikhlasan, dan keberkatan.

Sumber:

  1. Instagram @eykafarhana
  2. TikTok @ehmalaysia

About admin