Sekiranya permohonan ke institusi pengajian awam (IPTA) boleh dibuat melalui sistem UPU, maka UP_TVET diperkenalkan sebagai sistem permohonan ke institusi TVET.
Bermula 14 April 2025, semua permohonan kemasukan ke 1,334 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara perlu dibuat melalui saluran tunggal iaitu Unit Pengambilan TVET (UP_TVET).
Keputusan menggunakan sistem berpusat ini telah diputuskan melalui mesyuarat Majlis TVET (MTVET) Bil 3/2023 yang bertujuan menyelaraskan permohonan bagi mengelakkan pertindihan.

Apa itu TVET?
Bagi pembaca yang tertanya-tanya, TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training)
TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri, bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.
Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.
Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki bidang TVET iaitu menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Lepasan SPM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi.
Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
Halaman Rasmi UP_TVET
Bermula 14 April 2025 hingga 15 Jun 2025, semua urusan permohonan ke institusi boleh dibuat di halaman rasmi UP_TVET yang boleh diakses di alamat https://mohon.tvet.gov.my/
Artikel berkaitan: TVET Instructor EProfiling System (TiPS): Login & Semakan

Pendaftaran Pengguna Baru UP_TVET
Pemohon yang pertama kali menggunakan halaman ini hendaklah terlebih dahulu mendaftarkan akaun baru sebelum boleh meneruskan permohonan institusi pendidikan TVET yang dikehendaki.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftarkan akaun pengguna baru:
- Layari laman UP_TVET
- Klik ‘Daftar’ pada bahagian menu
- Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi segala butiran dan maklumat peribadi diri yang diminta
- Klik butang ‘Daftar Pengguna’ di bahagian bawah halaman pendaftaran pengguna
> Dapatkan buku panduan kompetansi untuk tenaga pengajar TVET
Permohonan TVET Ambilan Julai 2025
Permohonan ke institusi TVET pilihan akan dibuka mulai 14 April 2025.
Ikuti 7 Langkah Permohonan Kursus TVET di portal UP_TVET iaitu:
Log Masuk > Klik Senarai Kursus Penuh (untuk paparan maklumat kursus TVET) > Klik Permohonan Kursus TVET (untuk melihat paparan kursus yang ditawarkan) > Klik Pilihan Kursus > Klik Pilih Kursus > Klik Butang Mohon > Klik Hantar Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui Portal UP_TVET di https://mohon.tvet.gov.my/

Kemasukan Sesi Julai 2025
Kemasukan bagi sesi Julai 2025 adalah seperti berikut:
- UP_TVET Flexi (Institusi TVET awam dan swasta): Kursus jangka panjang dan pendek yang lebih fleksibel. Terbuka kepada semua individu yang ingin meningkatkan kemahiran atau menukar bidang kerjaya. Permohonan dibuka sepanjang tahun bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar dan tenaga kerja.
- UP_TVET Perdana (Institusi TVET awam sahaja): Program TVET sepenuh masa di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Permohonan dibuka dua kali setahun bagi pengambilan Januari dan Julai.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai kemasukan ke institusi TVET, sila layari laman web https://mohon.tvet.gov.my/.
Baca juga: