free web tracker Takwim Kejohanan MSSM 2025 (Majlis Sukan Sekolah Malaysia) – soka sardar

Takwim Kejohanan MSSM 2025 (Majlis Sukan Sekolah Malaysia)

Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2025 akan diumumkan tidak lama lagi. Dengan muktamadnya pelancaran ini kelak, pihak sekolah, penganjur dan pelajar yang terlibat bolehlah bersiap sedia melakukan persiapan rapi dengan sebaiknya.

Kejohanan MSSM merupakan kejohanan peringkat tinggi di peringkat sekolah setelah atlet yang terdiri daripada para pelajar melepasi kejohanan peringkat sekolah, (MSSD) dan negeri (MSSN).

Hanya sukan-sukan tertentu sahaja yang akan dipertandingkan di setiap tahun di peringkat MSSM dan takwim akan dikeluarkan lebih awal bagi memudahkan pemilihan atlet di peringkat sekolah, daerah dan negeri dibuat terlebih dahulu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sejarah dan perkembangan terkini MSSM 2025.

Sejarah MSSM

Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Persekutuan Tanah  Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1958 melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penasihat Persekutuan Tanah Melayu dan dianggotai oleh semua Ketua Pegawai Pelajaran Negeri.

Mesyuarat kali pertama diadakan pada 3 Mac 1958 di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selepas tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1963, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia atau lebih dikenali sebagai MSSM.

Untuk memperkasakannya, MSSM diletak dibawah Akta Pelajaran 1961 dan dibawah kuasa Menteri Pelajaran.

Tujuan asal penubuhan MSSM adalah untuk mengamalkan konsep sukan untuk kecemerlangan selaras dengan Dasar Sukan Negara.

Pada 6 April 2009, MSSM telah diwarta kerajaan Seri Paduka Bagida dan diterbitkan dengan kuasa mengikut Akta Pendidikan 1996.

Sebanyak 22 jenis sukan disenaraikan ketika itu dan telah berkembang kepada 24 jenis sukan sehingga sekarang.  

Dengan slogan ‘MSSM Pemacu Kecemerlangan Sukan’, setiap atlet harus bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik untuk meningkatkan tahap prestasi yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak.

BACA JUGA: Pickleball – Sukan Viral, Cara Bermain dan Sistem Pemarkahan

takwim mssm 2025

Jenis-jenis Sukan Dipertandingkan Dalam MSSM 2025

Tahun ini kaedah baru dilaksanakan melibatkan dua fasa dengan semua negeri menjadi tuan rumah membabitkan 24 pertandingan secara keseluruhan.

24 jenis sukan ini adalah seperti yang berikut:

  1. Akuatik
  2. Badminton
  3. Bola Baling
  4. Bola Keranjang
  5. Bola Tampar
  6. Boling Tenpin
  7. Catur
  8. Gimnastik Artistik
  9. Gimrama
  10. Golf
  11. Hoki
  12. Kriket
  13. Memanah
  14. Pelayaran
  15. Ping Pong
  16. Ragbi
  17. Sepak Takraw
  18. Skuasy
  19. Tenis
  20. Bola Sepak
  21. Bola Jaring
  22. Sofbol
  23. Olahraga
  24. Merentas Desa

Takwim Kejohanan MSSM 2025

Takwim kejohanan adalah seperti berikut:

📅 MEI 2025

  • Merentas Desa – 8-11 Mei 2025 | Melaka
  • Akuatik – 23-29 Mei 2025 | Johor
  • Bola Baling – 23-29 Mei 2025 | WP Kuala Lumpur
  • Bola Tampar – 23-29 Mei 2025 | Kedah
  • Boling Tenpin – 23-30 Mei 2025 | WP Putrajaya
  • Catur – 23-29 Mei 2025 | Selangor
  • Gimnastik – 23-29 Mei 2025 | Kedah
  • Golf – 25-29 Mei 2025 | Pulau Pinang
  • Ping Pong – 23-29 Mei 2025 | Kelantan
  • Pelayaran – 23-30 Mei 2025 | Pahang
  • Skuasy – 23-30 Mei 2025 | Negeri Sembilan
  • Sofbol – 23-29 Mei 2025 | Pahang

📅 OGOS 2025

  • Olahraga – 17-24 Ogos 2025 | Perlis

📅 SEPTEMBER 2025

  • Tenis – 12-20 Sept 2025 | Melaka
  • Badminton – 12-18 Sept 2025 | Perak
  • Bola Jaring – 12-17 Sept 2025 | Johor
  • Bola Keranjang – 12-19 Sept 2025 | Selangor
  • Bola Sepak – 12-19 Sept 2025 | Kelantan
  • Gimrama – 12-18 Sept 2025 | Sarawak
  • Hoki – 12-19 Sept 2025 | Perak
  • Kriket – 12-19 Sept 2025 | Terengganu
  • Memanah – 12-18 Sept 2025 | Terengganu
  • Ragbi – 12-19 Sept 2025 | Negeri Sembilan
  • Sepak Takraw – 12-18 Sept 2025 | WP Putrajaya
MSSM 2025

Lokasi Penganjuran MSSM 2025

  1. Merentas Desa: Melaka
  2. Golf : Pulau Pinang
  3. Akuatik : Johor
  4. Gimnastik Artistik : Kedah
  5. Catur : Selangor
  6. Bola Baling : WP Kuala Lumpur
  7. Ping Pong : Kelantan
  8. Sofbol : Pahang
  9. Skuasy : Negeri Sembilan
  10. Pelayaran : Pahang
  11. Bola Tampar : Kedah
  12. Boling Tenpin : WP Putrajaya
  13. Olahraga : Perlis
  14. Gimrama : Sarawak
  15. Bola Jaring : Johor
  16. Sepak Takraw: WP Putrajaya
  17. Memanah : Terengganu
  18. Badminton : Perak
  19. Hoki : Perak
  20. Bola Keranjang : Selangor
  21. Bola Sepak : Kelantan
  22. Kriket : Terengganu
  23. Ragbi : Negeri Sembilan
  24. Tenis : Melaka

Maklumat Lanjut MSSM 2025

Untuk info lanjut, sila rujuk pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Negeri dan Majlis Sukan Negeri bagi makluman terkini.

About admin