hit tracker Biasiswa Masters & Phd 2025: Senarai Tajaan Terkini – soka sardar

Biasiswa Masters & Phd 2025: Senarai Tajaan Terkini

Biasiswa ialah bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar untuk membiayai atau membantu membiayai pengajian mereka, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, atau universiti (Diploma, Degree, Master & PhD). 

Berbeza dengan pinjaman pendidikan, pelajar yang menerima biasiswa ini tidak perlu membayar balik wang bantuan pendidikan yang diberikan kepada mereka. Biasiswa ini  diberikan untuk membantu pelajar menampung kos pengajian seperti yuran universiti, perbelanjaan sara hidup, buku, dan alat perkakas akademik. 

Biasiswa juga diberikan kepada para pelajar tertentu bertujuan bagi mengiktiraf kecemerlangan akademik, penglibatan kokurikulum, atau keperluan kewangan pelajar tersebut.

Kriteria Pemberian Biasiswa

Biasiswa ini  biasanya diberikan berdasarkan:

  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Keperluan kewangan, terutamanya bagi pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.
  • Aktiviti kokurikulum dan kepimpinan.
  • Bidang pengajian tertentu yang diperlukan oleh industri atau negara.
  • Kadangkala kepada keluarga atau anggota organisasi pemberi biasiswa.

Jenis Biasiswa di Malaysia

Biasiswa di Malaysia boleh dikategorikan kepada beberapa jenis:

Jenis Biasiswa Pemberi Biasiswa Contoh
Biasiswa Kerajaan Agensi kerajaan Biasiswa JPA, Biasiswa KPM
Biasiswa Institusi Pendidikan Universiti dan kolej tempatan Biasiswa Universiti Malaya, UiTM
Biasiswa Syarikat Swasta Syarikat korporat Biasiswa Maybank, Biasiswa Petronas
Biasiswa Badan Bukan Kerajaan (NGO) Organisasi bukan kerajaan Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman, Biasiswa Khazanah

Biasiswa ini boleh berupa biasiswa penuh (menanggung semua kos) atau biasiswa separa (membantu sebahagian kos).

Senarai Biasiswa Master & PhD 2025

Bagi pelajar Malaysia yang bakal melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Ijazah sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD), berikut merupakan senarai biasiswa yang boleh dimohon di negara kita beserta tarikh tutup permohonan.

1. Biasiswa MyBrainSc (Kementerian Pendidikan Malaysia)

  • Tempoh Permohonan: April hingga Mei setiap tahun
  • Peringkat: Ijazah, Sarjana dan Kedoktoran
  • Lokasi: Universiti Terkemuka Dunia
biasiswa master

2. Fulbright Malaysian Graduate Study & Research Program

  • Tempoh Permohonan: April hingga Jun setiap tahun
  • Peringkat: Sarjana dan Kedoktoran (maksimum pembiayaan selama 2 tahun)
  • Lokasi: Universiti di Amerika Syarikat
  • Pembiayaan: Separa (kos dikongsi dengan institusi pilihan atau sumber pembiayaan lain; yuran permohonan dan ujian TOEFL ditanggung)

    3. MEXT Scholarship

    • Tempoh Permohonan Biasiswa: Mac hingga April setiap tahun
    • Peringkat: Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Kedoktoran
    • Lokasi: Universiti di Jepun
    • Pembiayaan: Pembiayaan penuh

      4. Erasmus Mundus Joint Masters

        • Tempoh Permohonan: Oktober hingga Januari setiap tahun
        • Peringkat: Sarjana (1–2 tahun bergantung kepada program)
        • Lokasi: Minimum 3 universiti dari 3 negara Eropah yang berbeza
        • Pembiayaan: Pembiayaan penuh

        5. Stipendium Hungaricum

          • Tempoh Permohonan: November hingga Januari setiap tahun
          • Peringkat: Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Kedoktoran
          • Lokasi: Universiti di Hungary
          • Pembiayaan: Separa (merangkumi yuran pengajian, elaun bulanan, sumbangan penginapan dan insurans perubatan)

          6. Manaaki New Zealand Scholarships

            • Tempoh Permohonan: Februari setiap tahun (tempoh permohonan hanya satu bulan)
            • Peringkat: Sarjana dan Kedoktoran
            • Lokasi: Universiti di New Zealand
            • Pembiayaan: Pembiayaan penuh

            7. Khazanah Global Scholarship Programme

            • Tempoh Permohonan: Mac setiap tahun (tempoh kurang dua minggu)
            • Peringkat: Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Kedoktoran
            • Lokasi: Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Singapura, China (mengikut bidang dan senarai universiti yang diluluskan)
            • Pembiayaan: Pembiayaan penuh

              8. YTI Excellence Award (di bawah PNB)

                • Tempoh Permohonan: Mac setiap tahun (tempoh permohonan kurang seminggu)
                • Peringkat: Sarjana sahaja
                • Lokasi: Universiti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah, China, Jepun (mengikut senarai institusi yang diluluskan)
                • Pembiayaan: Pembiayaan penuh

                9. Global Korea Scholarship (GKS)

                  • Tempoh Permohonan: Februari hingga Mac setiap tahun (tempoh sekitar 2 minggu)
                  • Peringkat: Sarjana (3 tahun termasuk 1 tahun kursus bahasa) dan Kedoktoran (4 tahun termasuk kursus bahasa)
                  • Lokasi: Universiti terpilih di Korea Selatan
                  • Pembiayaan: Pembiayaan penuh

                  10. Hornby Scholarship (M.Ed TESOL sahaja)

                    • Tempoh Permohonan: November hingga Februari setiap tahun
                    • Peringkat: Sarjana (khusus untuk TESOL, tempoh 1 tahun)
                    • Lokasi: Salah satu universiti di United Kingdom (bergantung kepada rakan kongsi program Hornby setiap tahun)
                    • Pembiayaan: Pembiayaan penuh

                    11. Biasiswa Yayasan Sarawak (BYSTT & YBSTAR) – Khas untuk Anak Sarawak

                      • Tempoh Permohonan: Berdasarkan pengumuman rasmi Yayasan Sarawak
                      • Peringkat: Sarjana dan Kedoktoran
                      • Lokasi: Universiti dalam senarai 10 terbaik dunia
                      • Pembiayaan: Pembiayaan penuh

                      12. Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

                      • Tempoh Permohonan: Mac hingga April setiap tahun
                      • Peringkat: Sarjana dan Kedoktoran
                      • Lokasi: Universiti terkemuka dunia
                      • Pembiayaan: Pembiayaan penuh

                        13. Rhodes Scholarship

                          • Tempoh Permohonan: Jun hingga September setiap tahun
                          • Peringkat: Sarjana
                          • Lokasi: University of Oxford, United Kingdom
                          • Pembiayaan: Pembiayaan penuh
                          • Nota: Hanya satu tempat disediakan untuk pemohon dari Malaysia; had umur maksimum ialah 25 tahun

                          14. Biasiswa Berasaskan Universiti (Uni-based Scholarships)

                            • Tempoh Permohonan: Mengikut institusi masing-masing
                            • Peringkat: Sarjana dan Kedoktoran
                            • Lokasi: Universiti di seluruh dunia
                            • Pembiayaan: Bergantung kepada tawaran institusi (contoh: “Moray House Access Scholarships” oleh University of Edinburgh)

                            15. GREAT Scholarship

                              • Tempoh Permohonan: Mengikut institusi terpilih
                              • Peringkat: Sarjana
                              • Lokasi: Universiti tertentu di United Kingdom
                              • Pembiayaan: Separa (sebanyak £10,000)

                              16. ASEAN – UK SAGE Women in STEM & British Council Women in STEM Scholarships

                                • Tempoh Permohonan: Mengikut institusi yang terlibat
                                • Peringkat: Sarjana (1 tahun)
                                • Lokasi: SAGE di University of Warwick dan British Council di Brunel University
                                • Pembiayaan: Pembiayaan penuh

                                17. Chevening Scholarship

                                • Tempoh Permohonan: Ogos hingga November setiap tahun
                                • Peringkat: Sarjana (1 tahun)
                                • Lokasi: Universiti di United Kingdom
                                • Pembiayaan: Pembiayaan penuh

                                Sumber: Soffea Rahim

                                Tip Persediaan Permohonan Tajaan Pendidikan

                                Bagi pelajar Master dan PhD yang bakal memohon salah satu daripada biasiswa di atas anda boleh baca tips di bawah sebagai langkah persediaan sebelum melakukan permohonan anda nanti:

                                1. Fahami Syarat dan Kriteria Biasiswa
                                  • Baca dan fahami dengan teliti syarat kelayakan biasiswa yang hendak dipohon.
                                  • Pastikan anda memenuhi semua kriteria seperti tahap akademik, umur, bidang pengajian, dan keperluan lain.
                                2. Sediakan Dokumen Lengkap
                                  • Kumpulkan semua dokumen penting seperti sijil akademik, transkrip, salinan kad pengenalan, surat pengesahan pendapatan keluarga (jika perlu), dan surat sokongan.
                                  • Pastikan dokumen adalah lengkap dan kemas supaya tidak menimbulkan keraguan pihak penaja.
                                3. Minta Surat Sokongan atau Rekomendasi Awal
                                  • Hubungi guru, pensyarah atau majikan untuk mendapatkan surat sokongan atau rekomendasi.
                                  • Berikan mereka maklumat lengkap tentang biasiswa dan pencapaian anda supaya surat tersebut lebih meyakinkan.
                                4. Urus Masa dengan Baik
                                  • Mulakan permohonan lebih awal supaya ada masa untuk menyemak dan membetulkan dokumen.
                                  • Jangan tunggu saat akhir untuk hantar permohonan supaya tidak terburu-buru dan risiko terlambat.
                                5. Semak Semula Permohonan Sebelum Hantar
                                  • Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan lengkap.
                                  • Semak sekali lagi dokumen yang dilampirkan supaya tiada yang tertinggal.
                                6. Bersedia untuk Temuduga (Jika Ada)
                                  • Latih diri menjawab soalan berkaitan latar belakang, pencapaian, dan rancangan masa depan.
                                  • Tunjukkan keyakinan dan sikap positif semasa temuduga.
                                7. Simpan Salinan Permohonan
                                  • Simpan salinan borang permohonan dan dokumen yang dihantar sebagai rujukan dan bukti.
                                Universiti Oxford

                                  About admin