Pelancong yang ingin ke Thailand kini perlu mengisi Thailand Digital Arrival Card sebelum tiba di negara tersebut.
Ini merupakan sebahagian daripada transformasi digital yang lebih luas bagi prosedur imigresen kerajaan yang ditadbir oleh Biro Imigresen Thailand.
Baca juga: 10 Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Di Krabi, Thailand!
Mengenai Thailand Digital Arrival Card
Thailand Digital Arrival Card atau TDAC merupakan sistem digital yang menggantikan kad ketibaan tradisional (TM6) untuk pelancong asing yang memasuki Thailand.
TDAC, yang diperkenalkan pada 1 Mei 2025 merupakan borang dalam talian yang wajib diisi sebelum pelancong tiba di Thailand.
Ini bermakna, semua pelancong wajib menyerahkan maklumat ketibaan mereka secara elektronik sebelum memasuki negara itu sama ada melalui udara, darat atau laut.

Baca juga: 10 Makanan Thailand Yang Sedap dan Wajib Dicuba
Ciri-Ciri Thailand Digital Arrival Card
Ciri-ciri kad ketibaan ini adalah seperti berikut:
- Wajib: Semua pelancong asing, termasuk mereka yang menikmati pengecualian visa, perlu melengkapkan TDAC sebelum tiba di Thailand.
- Dalam talian: TDAC boleh diisi secara dalam talian melalui laman web rasmi.
- Pengganti kad TM6: TDAC menggantikan borang ketibaan fizikal TM6 yang sebelum ini digunakan.
- Membantu urusan imigresen: TDAC direka untuk menyelaraskan urusan imigresen, meningkatkan keselamatan dan meningkatkan ketepatan data pelancong, menurut Tourism Authority of Thailand.
- Wajib sebelum bertolak: TDAC perlu diisi tiga hari sebelum ketibaan di Thailand.
Cara Buat Pendaftaran
Pendaftaran boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Log masuk ke portal: https://tdac.immigration.go.th atau gunakan kod QR.
- Lengkapkan borang pendaftaran dengan butiran peribadi anda: nama penuh, kewarganegaraan, nombor telefon, alamat email, dan maklumat pasport. Sertakan butiran perjalanan: nombor penerbangan, tujuan perjalanan, dan alamat anda di Thailand (contohnya, hotel atau tempat tinggal).
- Hantar borang tersebut.
- Selepas melengkapkan borang dalam talian, anda akan menerima emel pengesahan ke alamat yang anda berikan.
- Semasa ketibaan, tunjukkan emel pengesahan dan dokumen perjalanan anda kepada pejabat imigresen di kaunter untuk pengesahan.

Panduan Mengisi TDAC
Panduan mengisi TDAC ini boleh ditonton menerusi video di bawah:
Info Lanjut
Info lanjut mengenai TDAC ini, sila layari laman web https://www.immigration.go.th/index/.