free web tracker Tema Hari Guru 2025: Guru Pemacu Reformasi Pendidikan – soka sardar

Tema Hari Guru 2025: Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan tema hari guru khas bagi semua warga pendidik di negara ini.

Hari Guru secara amnya merupakan sebuah sambutan yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah, tetapi juga para pelajar.

Tema Hari Guru 2025

Tema Hari Guru bagi tahun 2025 adalah “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”.

Tema Hari Guru 2025 ini secara rasminya telah diumumkan oleh YB Fadhlina Sidek dalam Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang juga telah disempurnakan oleh beliau selaku Menteri Pendidikan.

BACA JUGA: Sambutan Hari Guru – Sejarah Sambutan di Malaysia

Tema “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” merujuk kepada peranan strategik guru sebagai penggerak utama dalam proses transformasi sistem pendidikan.

Konsep ini menekankan bahawa guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi agen perubahan yang membentuk dasar, pedagogi, dan budaya pembelajaran ke arah lebih progresif.

Fokus utama tema ini meliputi:

  • Pemerkasaan profesionalisme guru melalui inovasi pengajaran yang selari dengan keperluan pendidikan abad ke-21
  • Pembangunan modal insan holistik dengan memanfaatkan pendekatan pendidikan yang relevan dengan perkembangan semasa
  • Pengukuhan kolaborasi antara komuniti pendidik untuk menyokong aspirasi reformasi pendidikan kebangsaan

Tema ini selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan melalui transformasi sistem yang berpusatkan guru sebagai nadi perubahan.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 akan diadakan pada (AKAN DIKEMASKINI KELAK)

“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-53 Tahun 2025.

Aktiviti sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2025.

  • Tarikh: (AKAN DIKEMASKINI KELAK)
  • Tempat: (AKAN DIKEMASKINI KELAK)

Senarai Aktiviti (AKAN DIKEMASKINI KELAK)

Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Sempena Sesi Persekolahan 2025/2026

Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) sempena Sesi Persekolahan 2025/2026 disampaikan oleh Haji Azman bin Haji Adnan pada 21 Februari 2025 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

Bertemakan “Memperkemas Gerak Kerja, Mereformasi Sekolah”, amanat ini menegaskan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melonjakkan transformasi sistem pendidikan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Fokus utama reformasi ini merangkumi empat teras strategik: 

  • menangani keciciran murid
  • memperkukuh kepimpinan pendidikan MADANI
  • meningkatkan profesionalisme guru
  • memantapkan literasi serta numerasi

Dalam aspek pencegahan keciciran murid, KPM melancarkan Program Anak Kita dengan peruntukan RM30 juta untuk menyokong 80,000 pelajar berisiko melalui intervensi akademik dan psikososial.

Usaha ini diperkukuh dengan cadangan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 bagi memanjangkan pendidikan wajib hingga peringkat menengah, di samping memanfaatkan teknologi dan pendekatan gamifikasi dalam pengajaran untuk menarik minat murid.

Bagi pemimpin sekolah, peranan mereka diperluas sebagai pembimbing dan pemudah cara, bukan sekadar pentadbir, dengan sokongan Program Transformasi Daerah (DTP) untuk meningkatkan keberkesanan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Guru pula didorong untuk meningkatkan profesionalisme melalui latihan berkala berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pengoptimuman platform DELIMa sebagai pusat latihan maya.

Sementara itu, penguasaan literasi dan numerasi (3M) diberi keutamaan melalui program PlaN yang disasarkan kepada murid lemah.

KPM turut memperkenalkan tiga kategori sekolah baharu – Sekolah FokusSekolah Aspirasi, dan Sekolah Inspirasi – bagi menyediakan intervensi bersesuaian berdasarkan keperluan setiap institusi.

Amanat ini juga menyentuh empat keutamaan tambahan: kesejahteraan warga sekolah, pembentukan generasi MADANI yang holistik, peningkatan pencapaian dalam pentaksiran antarabangsa (seperti TIMSS dan PISA), serta reformasi sekolah untuk kecemerlangan menyeluruh.

Melalui seruan “Kerjasama Bersama, Tanggungjawab Bersama”, KPPM menekankan bahawa kejayaan transformasi pendidikan bergantung pada kolaborasi antara guru, ibu bapa, komuniti, dan agensi kerajaan untuk melahirkan generasi berdaya saing, berakhlak mulia, dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

Sumber: Bernama

Objektif Sambutan

Hari Guru disambut setiap tahun pada tarikh 16 Mei dengan objektif yang berikut:

  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

Sejarah Tema Hari Guru 2025 & Sebelumnya

Untuk rekod, berikut merupakan senarai tema Hari Guru bagi 10 tahun terakhir (2013 – 2023)

  • 2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
  • 2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
  • 2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
  • 2024 – Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani
  • 2025 – Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Ingin mencari hadiah Sambutan Hari Guru? –Hadiah Hari Guru: 40 Idea Hadiah Yang Menarik

About admin