free web tracker 15 Pottery Class di Kuala Lumpur & Selangor – soka sardar

15 Pottery Class di Kuala Lumpur & Selangor

15 Pottery Class di Kuala Lumpur & Selangor – Sesuai untuk pemula!

Jika anda sedang mencari idea nak buat aktiviti apa dekat Kuala Lumpur dan sekitarnya, anda boleh cuba sertai bengkel-bengkel kreatif termasuklah pottery class.

Ajak kawan-kawan, pasangan atau pergi sendiri pun seronok!

Tambahan pula, semakin banyak studio pottery yang muncul di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menyediakan bengkel yang fleksibel dengan tenaga pengajar yang profesional.

Memang sesuailah untuk yang pertama kali nak cuba sehinggalah kursus pendek bagi mereka yang ingin mendalami bidang ini secara serius. 

Dalam artikel ini, kami senaraikan 15 pilihan terbaik untuk kelas pottery di KL dan sekitarnya.

Siapa tahu, bermula sekadar mencuba, kalian mungkin jatuh cinta dengan dunia pottery dan menjadikannya satu hobi jangka panjang yang memuaskan!

BACA JUGA: SuperPark Malaysia – Indoor Playground di Kuala Lumpur

15 Pottery Class di Kuala Lumpur & Sekitarnya

1. Beary Potter Studio, Bukit Jalil

  • Alamat: No. 2-43, Residensi Park Bukit Jalil, Persiaran Jalil Utama, Bandar Bukit Jalil, 57000, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Harga: RM180–RM580 (kelas 1 hari), RM960–RM1,200 (kursus pendek)
  • Website: https://bearypotterstudio.com/ 

Beary Potter Studio adalah salah satu pottery class yang popular di Kuala Lumpur. Selain di Bukit Jalil, ia mempunyai satu lagi cawangan di Cheras, Selangor.

Studio ini menawarkan pakej yang sesuai untuk sesiapa yang pertama kali sehinggalah individu yang sudah mahir.

Di sini anda akan diajar teknik-teknik penting termasuklah teknik wheel throwing dan hiasan seramik. Anda boleh pilih nak sertai kelas sehari, kursus pendek ataupun kelas dengan tema tertentu. 

2. Happy Hour Club Workshop

Berbeza dengan Beary Potter Studio, Happy Hour Club Cafe & Workshop tidak ada menawarkan kelas menghasilkan tembikar atau seumpamanya. 

Ia menawarkan beberapa bengkel DIY untuk melukis atau menghias seperti Paint Your Own Pottery dan Sculpture Painting untuk dewasa dan kanak-kanak. 

Apa yang menarik, dii sini juga anda boleh menikmati hidangan lazat seperti croffles dan kopi premium di kafenya. 

Konsep unik yang menggabungkan kafe dengan aktiviti seni menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti solo atau lepak dengan kawan-kawan.

3. Good Times DIY Pottery 

Good Times DIY Pottery mempunyai 3 cawangan yang terletak dii kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Studio ini menawarkan kelas DIY untuk semua peringkat tak kiralah anda pemula atau sudah mahir. Kanak-kanak pun boleh join.

Pelajar boleh memilih antara teknik hand-building atau wheel throwing berdasarkan pakej yang ditawarkan. Hasil karya boleh diambil selepas proses pembakaran dan pengilatan selesai dalam tempoh lebih kurang sebulan. 

4. Bangkita Ceramic Studio

Bangkita Ceramic Studio ini telah menjadi destinasi pilihan ramai bagi penggemar seni seramik dan juga tembikar sejak 2014 lagi. 

Studio ni unik sebab menggabungkan elemen tradisional dan moden dalam seni tembikar. Malah nama “Bangkita” sendiri merujuk kepada kaedah pembakaran menggunakan kayu api. 

Terdapat beberapa pakej kelas yang ditawarkan termasuklah Pottery, Hand Building dan Glazing. Hasil karya anda kemudian boleh diambil selepas 2–3 minggu setelah proses pembakaran dan pengeringan selesai. 

Di sini juga anda boleh tengok sendiri hasil kerja tangan artisan tempatan yang menghasilkan pinggan, mangkuk, cawan, pasu dan hiasan rumah dengan reka bentuk eksklusif. Bangkita juga ada membuka tempahan khas untuk sesiapa yang nak design custom ikut citarasa sendiri. 

5. Shi Terrazzo Atelier

  • Alamat: 2, GMBB, No. 2, Jalan Robertson, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Harga: RM135–RM280
  • Website: https://www.instagram.com/shi.atelier/ 

Shi Terrazzo Atelier adalah studio seni unik yang memfokuskan pada pembuatan produk terrazzo menggunakan bahan mesra alam seperti jesmonite. 

Studio ini menawarkan pelbagai bengkel kreatif termasuklah bengkel/kelas pottery untuk semua peringkat umur. Peserta berpeluang untuk menghasilkan dulang, coaster, bingkai gambar dan macam-macam lagi. 

Bengkel-bengkel yang diadakan menyediakan pengalaman hands-on yang menyeronokkan dan terapeutik. Selain bengkel, Shi Terrazzo Atelier juga menjual koleksi produk buatan tangan yang sesuai untuk dekorasi rumah atau pejabat.

6. Jolly Art & Pottery Studio

Kalau nak bawa anak-anak sertai pottery class di Kuala Lumpur ​atau Selangor, anda boleh pertimbangkan untuk pergi ke Jolly Art Studio yang terletak di Puchong ini.

Studio ni memang untuk kanak-kanak. Jadi, anda tidak perlu risau kerana suasananya sangat mesra kanak-kanak dan selamat.

Studio ini menawarkan pelbagai kelas seni seperti melukis, membuat tanah liat kering, dan pottery throwing yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas. 

Kelas-kelas ini direka untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kesabaran dan ekspresi diri melalui aktiviti seni yang menyeronokkan. 

7. Touch of Clay

  • Alamat: 8, Jln 1/60b, Taman Segambut Damai, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Harga: Bermula RM150 
  • Website: https://www.mytouchofclay.com/

Touch of Clay merupakan studio tembikar artisan yang diasaskan oleh Cheah Yeow Seng. Studio ini menawarkan kelas tembikar yang menggabungkan teknik tradisional dengan kreativiti moden. 

Pelajar boleh memilih antara hand-building dan wheel throwing, dengan harga bermula dari RM150 hingga RM180 per sesi. Kelas intensif selama 5 sesi juga tersedia untuk pelajar serius, dengan harga sekitar RM1,200–RM1,500.

Studio ini menawarkan suasana pembelajaran yang santai dan inspiratif, sesuai untuk semua peringkat – sama ada korang baru nak cuba atau memang minat mendalam dalam seni tembikar. 

Selain menyertai kelas, korang juga boleh membeli hasil karya seramik buatan tangan seperti cawan, mangkuk dan hiasan rumah yang dijual melalui laman web mereka. 

8. Zen Ceramic Pottery

  • Alamat: SS2 PJ Selangor/USJ Subang Selangor/Setia Alam Taipan
  • Harga: Bermula RM119 (kanak-kanak) & Bemula RM169 (dewasa)
  • Website: https://zenceramic.asia/ 

Zen Ceramic Pottery (dahulu dikenali sebagai Fun Ceramic House) ialah salah statu studio yang menawarkan pottery class di Kuala Lumpur/Selangor.  

Studio ini telah beroperasi sejak lebih 30 tahun yang lalu dan mempunyai cawangan di Melaka, PJ SS2, USJ Subang, dan Setia Alam. 

Ia menawarkan beberapa pakej bengkel tembikar yang sesuai untuk semua peringkat umur dan kemahiran, termasuk kelas wheel throwing dan handbuilding serta bengkel khusus untuk kanak-kanak. 

Zen Ceramic juga menyediakan bengkel khas untuk aktiviti berkumpulan dan team building, dengan pakej yang boleh disesuaikan mengikut keperluan. 

9. 22 Craft Studio, Kajang

  • Alamat: 19, Jalan SL 1/12, Bandar Sungai Long, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
  • Harga: Bermula RM100
  • Website: https://22tutucraft.com/ 

22 Craft Studio menawarkan pengalaman seni tembikar yang santai dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Studio ini menawarkan kelas percubaan dan juga kursus empat sesi yang sesuai untuk pemula serta mereka yang ingin mendalami kemahiran ini. Kelas diadakan setiap hari kecuali Rabu.

Peserta boleh memilih antara teknik wheel throwing atau handbuilding, dengan bimbingan daripada tenaga pengajar berpengalaman. Hasil karya boleh diambil selepas 2–3 minggu proses pembakaran dan pengilatan.

10. Clay Expression, Subang Jaya

  • Alamat: 757, 5, Jalan Subang 3, Kawasan Perindustrian Uep Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
  • Harga: Bermula RM275/tiga jam
  • Website: https://clayexpression.com/

Clay Expression adalah salah satu studio tembikar tertua di Malaysia yang beroperasi sejak tahun 2000. 

Studio ini menawarkan kelas untuk pemula hingga mahir dan menyediakan pakej kelas tunggal untuk pengalaman santai atau kursus pendek selama 4 sesi. 

Pelajar berpeluang menghasilkan karya seperti cawan, pasu, mangkuk dan sebagainya. Hasil yang sudah siap boleh diambil selepas 2–3 minggu. 

11. VAVA ART STUDIO

VAVA ART STUDIO satu lagi studio yang menawarkan pottery class di Kuala Lumpur/Selangor yang sesuai untuk pemula mahupun yang sudah ada asas.

Kelas tembikar di sini fokus pada teknik hand-building (membentuk tanah liat tangan) dan wheel throwing (menggunakan roda pemutar). Selain tembikar, VAVA turut mengadakan bengkel seni lain seperti lukisan atau resin art.

12. Life Ceramics

  • Alamat: Level-3A-01, Inside Life Hot Yoga, Sunway 163 Mall, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Harga: RM495 untuk 4 Sesi
  • Website: https://www.instagram.com/lifeceramics

Life Ceramics juga salah satu studio yang menawarkan pottery class di Kuala Lumpur. Studio ini menawarkan kursus seramik untuk pemula hingga tahap lanjutan. Jjadual kelas yang dibuka akan dikemas kini setiap bulan melalui media sosial mereka. 

Life Ceramics menyediakan ruang kerja dengan peralatan lengkap untuk setiap peserta. Ini bagi memberi peluang kepada peserta untuk berkarya lebih mudah dan menyeronokkan. 

13. FRIENDS Craft Cooperative, Petaling Jaya

  • Alamat: BM-08, PJ Industrial Park, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Harga: Bermula RM125
  • Website: https://www.friendscraftcoop.org 

FRIENDS Craft Cooperative adalah sebuah organisasi seni kraf yang berfungsi sebagai koperasi. Studio ini fokus kepada pendekatan mesra komuniti. Ia menyediakan bengkel dan latihan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk ternasuklah pottery. 

Menariknya lagi, anda boleh bayar ikut tahap kemampuan anda bermula dengan harga RM125. Bukan itu sahaja, karya yang anda hasilkan juga boleh dijual!

Bak kata slogan mereka; Learn, Make & Earn.  

14. The Clay Art Studios

  • Alamat: 2-5 One Avenue Dataran Pelangi Utama Jalan Masjid PJU6A, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Harga: Bermula RM150
  • Website: https://clayartsstudio.com/ 

The Clay Art Studios juga antara studio yang menyediakan pottery class di Kuala Lumpur/Selangor serta bengkel-bengkel kreatif lain. 

Studio ini terkenal dengan kelas trial yang mesra pemula, di mana peserta boleh mencuba teknik asas wheel throwing atau hand-building dalam sesi 2–3 jam. 

Mereka juga ada pakej jangka panjang seperti start-up package (4 sesi sebulan) untuk yang ingin mendalami kemahiran ini. 

15. Kaku Pottery Studio 

Kaku Pottery Studio terkenal dengan konsep workshop tembikar yang berfokuskan haiwan peliharaan, seperti Pet Bowl Painting Workshop. 

Selain itu, Kaku Pottery Studio juga menyediakan kelas teknik asas seperti wheel throwing, hand-building, dan pottery painting, termasuk peluang untuk melukis mangkuk makanan khas untuk haiwan kesayangan anda!

About admin