free web tracker mySalam 2025: Semakan Kelayakan, Bayaran & Senarai Penyakit – soka sardar

mySalam 2025: Semakan Kelayakan, Bayaran & Senarai Penyakit

Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan untuk tahun 2025.

Skim ini menyediakan pembayaran tunai untuk mereka yang didiagnosis dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

@ecentral.my

Replying to @user8072167498436 Ini cara claim mySalam 2024 secara online. Hanya yang masuk hospital tahun 2024/2025 je yang boleh claim. Anda juga boleh buat tuntutan mySalam di kaunter mySalam di hospital kerajaan berdekatan. #mysalam #mysalam2024 #mysalamclaim #mysalamb40 #bantuanmysalam #bantuanperubatan

♬ HIP HOP-like instrumental loop sound source(825211) – WALKER

BACA JUGA: MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2025

Apakah MySalam 2025?

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

Ketika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan bersetuju Skim mySalam telah diperluas untuk turut meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis

Semakan Kelayakan mySalam 2025

Semakan kelayakan bagi tahun 2025 sudah boleh dibuat bermula dari 8 Februari 2025 di portal mySalam.

>> Sila pastikan semua dokumen tuntutan dan maklumat bank anda adalah lengkap dan tepat.

Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS, sila e-mel di info@mysalam.com.my.

Atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Tujuan MySalam

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Manfaat

Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu;

Manfaat Hospitalisasi

Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.

NOTA:

  • Pastikan anda membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntutan manfaat ini. Rujuk gambar di atas untuk mengetahui dokumen yang diperlukan.
  • Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.

Manfaat Penyakit Kritikal

Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun.

Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.

Kriteria umur adalah seperti kategori berikut:

  • Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  • Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
  • Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

NOTA: Pastikan anda membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntutan manfaat ini. Rujuk gambar di atas untuk mengetahui dokumen yang diperlukan.

50 Penyakit Kritial mySalam

Skim perlindungan takaful nasional mySalam kini meliputi 50 jenis penyakit kritikal, berbanding 45 jenis sebelumnya. 

Penyakit Kritikal Kategori Penyakit Kritikal Tahun berkuat kuasa
AIDS Dengan Gejala Penuh CI-07: Keadaan Berkaitan HIV 1 Januari 2019
Anemia Aplastik Kronik – mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang CI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal 1 Januari 2019
Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari CI-02: Keadaan Berkaitan Jantung 1 Januari 2019
Buta – Kekal dan Tidak boleh Pulih CI-04: Mata, Telinga dan Pertuturan 1 Januari 2019
Distrofi Otot CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Elefantiasis CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2020
Ensefalitis – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Hepatitis Viral Fulminan CI-05: Keadaan Berkaitan Hati 1 Januari 2019
Hilang Keupayaan Bertutur CI-04: Mata, Telinga dan Pertuturan 1 Januari 2019
Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – keterukan tertentu CI-02: Keadaan Berkaitan Jantung 1 Januari 2019
Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah CI-07: Keadaan Berkaitan HIV 1 Januari 2019
Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan CI-07: Keadaan Berkaitan HIV 1 Januari 2020
Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal CI-01: Kanser 1 Januari 2019
Kardiomiopati – keterukan tertentu CI-02: Keadaan Berkaitan Jantung 1 Januari 2019
Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang CI-06: Keadaan Berkaitan Buah Pinggang 1 Januari 2019
Kegagalan Hati Tahap Akhir CI-05: Keadaan Berkaitan Hati 1 Januari 2019
Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari) CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Kelecuran Tahap Ketiga – keterukan tertentu CI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal 1 Januari 2019
Kelumpuhan Anggota CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik CI-05: Keadaan Berkaitan Hati 1 Januari 2020
Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk CI-06: Keadaan Berkaitan Buah Pinggang 1 Januari 2019
Meningitis Bakteria – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Pekak – Kekal dan tidak boleh pulih CI-04: Mata, Telinga dan Pertuturan 1 Januari 2019
Pembedahan Aorta CI-02: Keadaan Berkaitan Jantung 1 Januari 2019
Pembedahan Injap Jantung CI-02: Keadaan Berkaitan Jantung 1 Januari 2019
Pembedahan Otak CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Pembedahan Pintasan Arteri Koronari CI-02: Keadaan Berkaitan Jantung 1 Januari 2019
Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Penyakit Arteri Koronari Serius CI-02: Keadaan Berkaitan Jantung 1 Januari 2019
Penyakit Creutzfeldt-Jakob (CJD) (Penyakit Lembu Gila) – memerlukan bantuan berterusan CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2020
Penyakit DarahTalasemia Major (Anemia Cooley) CI-10: Tulang, Sendi, Darah dan Tisu Penghubung 1 Januari 2025 Baharu!
Penyakit Jarang Jumpa CI-12: Penyakit Jarang Jumpa 1 Januari 2025 Baharu!
Penyakit Kulit KronikPsoriasis KronikPemphigus VulgarisSindrom Steven-Johnson (SJS) atau Necrolysis Epidermal Toksik (TEN) CI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal 1 Januari 2025 Baharu!
Penyakit MentalGangguan Kemurungan Utama (MDD)SkizofreniaGangguan Bipolar CI-11: Penyakit Mental 1 Januari 2025 Baharu!
Penyakit Neuron Motor – defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal berterusan CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Penyakit Paru-paru Tahap Akhir CI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal 1 Januari 2019
Penyakit RheumatoidRheumatoid Arthritis (RA) peringkat akhir atau Arthritis Rheumatoid Teruk dengan kecacatan dan ketidakupayaan yang besarGout Tophaceous Kronik dengan komplikasiAnkylosing Spondylitis yang teruk dengan komplikasiGangguan Tisu Penghubung Campuran (MCTD) CI-10: Tulang, Sendi, Darah dan Tisu Penghubung 1 Januari 2025 Baharu!
Penyakit Sistik Medular CI-06: Keadaan Berkaitan Buah Pinggang 1 Januari 2020
Penyakit Terminal CI-09: Penyakit Terminal 1 Januari 2020
Poliomielitis CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2020
Serangan Jantung – Keterukan Tertentu CI-02: Keadaan Berkaitan Jantung 1 Januari 2019
Sindrom Apallik CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2020
Skleroderma Progresif CI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal 1 Januari 2020
Sklerosis Multipel CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Strok/Angin Ahmar – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom-simptom klinikal berterusan CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang CI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal 1 Januari 2019
Trauma Kepala Major (teruk) – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019
Tumor Otak Benign – keterukan tertentu CI-03: Otak, Saraf dan Otot 1 Januari 2019

Berikut ialah 5 penyakit baru yang dilindungi:

  1. Penyakit jarang jumpa (Rare Disease)
  2. Gangguan Mental (Mental Disorder)
  3. Gangguan Darah (Blood Disorder)
  4. Penyakit Kulit Kronik (Chronic Skin Disease)
  5. Gangguan Rhematoid (Rhematoid Disorder)

Syarat Kelayakan

Penerima mySalam adalah individu yang menerima bayaran Bantuan Khas Kerajaan (BKK) seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam. Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemas kini dalam program-program yang didaftar oleh penerima seperti yang disebut di bawah.

Skim mySalam terkini melindungi penerima Bantuan Khas Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan data yang diterima daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tertakluk kepada kriteria kelayakan skim (setiap individu yang dilindungi di bawah skim ini akan dirujuk sebagai Orang yang Dilindungi). Penerima Bantuan Khas Kerajaan dan pasangan akan dikira sebagai dua Orang yang Dilindungi).

Cara Membuat Semakan Kelayakan

Sila rujuk langkah di bawah untuk semakan status kelayakan MySalam 2025 anda.

Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my.

Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat :

Nama Hospital Alamat Ketersediaan Kiosk
Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Bandar Puncak Alam, Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan, Puncak Alam, 42300, Selangor TIDAK
Hospital Alor Gajah Pejabat Hospital, Hospital Alor Gajah, Alor Gajah, 78000, Melaka YA
Hospital Ampang Jalan Mewah Utara, Ampang, 68000, Selangor YA
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur 3, Jalan 4/27a, Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 53300, Kuala Lumpur TIDAK
Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu Jalan Universiti, Kota Kinabalu, 89200, Sabah TIDAK
Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka Kem Terendak, Terendak, 76200, Melaka YA
Hospital Angkatan Tentera, Lumut Pengkalan TLDM, Lumut, 32200, Perak TIDAK
Hospital Bachok Jalan Gunong Jelawat Kg Bator, Jelawat, Bachok, 16090, Kelantan TIDAK
Hospital Bahagia Ulu Kinta Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, 31250, Perak TIDAK
Hospital Balik Pulau Balik Pulau, Balik Pulau, 11000, Pulau Pinang YA
Hospital Baling Jala Hospital, Baling, 09100, Kedah YA
Hospital Banting Jalan Sultan Alam Shah, Banting, 42700, Selangor YA
Hospital Batu Gajah Jalan Changkat, Batu Gajah, 31000, Perak YA
Hospital Bau Batu 1 ½, Jalan Bau-Lundu, Bau, 94000, Sarawak YA
Hospital Beaufort Peti Surat 40, Beaufort, 89807, Sabah YA
Hospital Beluran Karung Berkunci No : 02, Beluran, 90109, Sabah YA
Hospital Bentong Hospital Bentong, Bentong, 28000, Pahang YA
Hospital Bera  Taman Kerayong Jaya, Teriang, 28200, Pahang TIDAK
Hospital Besut Jalan Pasir Akar, Jerteh, Besut, 22000, Terengganu YA
Hospital Betong Jalan Betong, Betong, 95707, Sarawak YA
Hospital Bintulu Jalan Nyabau, Bintulu, 97000, Sarawak YA
Hospital Bukit Mertajam Jalan Kulim, Bukit Mertajam, 14000, Pulau Pinang YA
Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000, Kuala Lumpur YA
Hospital Changkat Melintang Lambor Kanan, Parit, Bota, 32900, Perak YA
Hospital Cyberjaya Persiaran Sepang, Cyber 11, Cyberjaya, 63000, Selangor TIDAK
Hospital Dalat Jalan Oya-Dalat, Dalat, 96300, Sarawak TIDAK
Hospital Daro Jalan Itol, Daro, 96200, Sarawak YA
Hospital Duchess Of Kent KM 3.2, Jalan Utara, Sandakan, 90000, Sabah YA
Hospital Dungun Hospital Dungun, Dungun, 23000, Terengganu YA
Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang KM 5, Jln Kota Tinggi, Kluang, 86000, Johor YA
Hospital Gerik Jalan Intan, Grik, 33000, Perak YA
Hospital Gua Musang Bandar Baru, Gua Musang, 18300, Kelantan YA
Hospital Hulu Terengganu Batu 23, Jalan Kuala Berang, Kuala Berang, 21700, Terengganu YA
Hospital Jasin Hospital Utama, Jasin, 77000, Melaka YA
Hospital Jelebu Taman Bukit Petaling, Kuala Klawang, 71600, Negeri Sembilan YA
Hospital Jeli Bandar Jeli, Jeli, 17600, Kelantan YA
Hospital Jempol Hospital Jempol, Bandar Seri Jempol, 72120, Negeri Sembilan YA
Hospital Jengka Bandar Jengka, Maran, 26400, Pahang YA
Hospital Jerantut Taman Jaya, Jerantut, 27000, Pahang YA
Hospital Jitra Jalan Changlun, Jitra, 06000, Kedah YA
Hospital Kajang Jalan Semenyih, Kajang, 43000, Selangor YA
Hospital Kampar Jalan Hospital, Kampar, 31500, Perak TIDAK
Hospital Kanowit Jalan Kanowit/ Durin, Kanowit, 96700, Sarawak YA
Hospital Kapit Jalan Memora, Kapit, 96800, Sarawak YA
Hospital Kemaman Jalan Da’ Omar, Cukai, Kemaman, 24000, Terengganu YA
Hospital Keningau Peti Surat 11, Keningau, 89007, Sabah YA
Hospital Kepala Batas Jalan Bertam, Kepala Batas, 13200, Pulau Pinang YA
Hospital Kinabatangan W.D.T 200, Kinabatangan, 90020, Sabah YA
Hospital Kota Belud Peti Surat 159, Kota Belud, 89158, Sabah YA
Hospital Kota Marudu Peti Surat 255, Kota Marudu, 89108, Sabah YA
Hospital Kota Tinggi Jalan Tun Habah, Kota Tinggi, 81900, Johor YA
Hospital Kuala Kangsar Jalan Sultan Idris Shah 1, Kuala Kangsar, 33000, Perak YA
Hospital Kuala Krai Jalan Kota Bharu, Kuala Krai, 18000, Kelantan YA
Hospital Kuala Kubu Bharu Jalan Hospital, Kuala Kubu Bharu, 44000, Selangor YA
Hospital Kuala Lipis Hospital Kuala Lipis, Kuala Lipis, 27200, Pahang YA
Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 50586, Kuala Lumpur YA
Hospital Kuala Nerang Kuala Nerang, Kuala Nerang, 06300, Kedah YA
Hospital Kuala Penyu W.D.T. 35, Kuala Penyu, 89740, Sabah YA
Hospital Kudat Peti Surat 22, Kudat, 89057, Sabah YA
Hospital Kulim Jalan Mahang, Kulim, 09000, Kedah YA
Hospital Kunak W.D.T. 150, Kunak, 91209, Sabah YA
Hospital Labuan Peti Surat 81006 Labuan, Labuan, 87020, Labuan TIDAK
Hospital Lahad Datu Peti Surat 60065, Lahad Datu, 91110, Sabah YA
Hospital Langkawi Bukit Tekuh, Jalan Padang Maksirat, Langkawi, 07000, Kedah YA
Hospital Lawas Jalan Hospital, Lawas, 98850, Sarawak YA
Hospital Limbang Jalan Pandaruan, Limbang, 98700, Sarawak YA
Hospital Lundu Jalan Sekambal, Lundu, 94500, Sarawak YA
Hospital Machang Jalan Pasir Puteh, Machang, 18500, Kelantan YA
Hospital Marudi Jalan Pungor, Marudi, 98050, Sarawak YA
Hospital Melaka Jalan Mufti Haji Khalil, Melaka, 75400, Melaka YA
Hospital Mersing Jalan Ismail, Mersing, 86800, Johor YA
Hospital Mesra Bukit Padang Peti Surat 11342, Kota Kinabalu, 88815, Sabah TIDAK
Hospital Miri Jalan Cahaya, Miri, 98000, Sarawak YA
Hospital Muadzam Shah Muadzam Shah, Rompin, 26700, Pahang YA
Hospital Mukah Jalan Haji Mohamed Pauzi, Mukah, 96400, Sarawak YA
Hospital Orang Asli KM 24, Jalan Pahang Lama, Gombak, 53100, Selangor YA
Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM  Jalan Yaacob Latif, , Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala Lumpur TIDAK
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Jalan Salleh, Muar, 84000, Johor YA
Hospital Papar Peti Surat No. 6, Papar, 89607, Sabah YA
Hospital Parit Buntar Jalan Sempadan, Parit Buntar, 34200, Perak YA
Hospital Pasir Mas Jalan Meranti, Pasir Mas, 17000, Kelantan YA
Hospital Pekan Jalan Batu Balik, Kampung Mengkasar, Pekan, 26600, Pahang YA
Hospital Pendang Kampung Manggol Pauh, Pendang, 06700, Kedah TIDAK
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia Persiaran Mardi – Upm, Serdang, 43400, Selangor YA
Hospital Permai Johor Bahru Jalan Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru, 81200, Johor TIDAK
Hospital Pitas Peti Surat 88, Pitas, 89100, Sabah YA
Hospital Pontian Jalan Alsagoff, Pontian, 82000, Johor YA
Hospital Port Dickson KM 11, Jalan Pantai, Port Dickson, 71050, Negeri Sembilan YA
Hospital Pulau Pinang Jalan Residensi, Pulau Pinang, 10990, Pulau Pinang YA
Hospital Putrajaya Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 7, Putrajaya, 62250, Putrajaya YA
Hospital Queen Elizabeth Karung Berkunci N0.2029, Kota Kinabalu, 88586, Sabah YA
Hospital Queen Elizabeth II Lorong Bersatu, Jalan Damai Luyang, Kota Kinabalu, 88300, Sabah YA
Hospital Raja Perempuan Zainab II Jalan Hospital, Kota Bharu, 15000, Kelantan YA
Hospital Raja Permaisuri Bainun Jalan Hospital, Ipoh, 30400, Perak YA
Hospital Rajah Charles Brooke Memorial Bt 13, Jalan Puncak Borneo, Kota Padawan, Kuching, 93250, Sarawak TIDAK
Hospital Ranau Peti Surat 65, Ranau, 89300, Sabah YA
Hospital Raub Jalan Tengku Abd Samad, Raub, 27600, Pahang YA
Hospital Rehabilitasi Cheras Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala Lumpur TIDAK
Hospital Rembau Kampung Masjid Tanah, Pedas, 71300, Negeri Sembilan YA
Hospital Rompin Jalan Kg Kolam Kuala Rompin, Rompin, 26800, Pahang YA
Hospital Saratok KM 1, Jalan Saratok, Saratok, 95400, Sarawak YA
Hospital Sarikei Jalan Rentap, Sarikei, 96100, Sarawak YA
Hospital Seberang Jaya Jln Tun Hussein Onn, Perai, 13700, Pulau Pinang YA
Hospital Segamat KM 6 Jalan Genuang, Segamat, 85000, Johor YA
Hospital Selama Jalan Taiping, Selama, 34100, Perak YA
Hospital Selayang Lebuhraya Selayang-Kepong, Batu Caves, 68100, Selangor YA
Hospital Semporna Peti Surat 80, Semporna, 91307, Sabah YA
Hospital Sentosa Batu 7, Jalan Penenrisen, Kuching, 93250, Sarawak TIDAK
Hospital Seri Iskandar Jalan Hospital Seri Iskandar, Bandar Seri Iskandar, Seri Iskandar, 32610, Perak YA
Hospital Seri Manjung Seri Manjung, Seri Manjung, 32040, Perak YA
Hospital Serian Bandar Serian, Serian, 94700, Sarawak YA
Hospital Setiu Bandar Permaisuri, Setiu, 22100, Terengganu YA
Hospital Shah Alam Persiaran Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam, 40000, Selangor YA
Hospital Sibu Batu 5 ½, Jalan Ulu Oya, Sibu, 96000, Sarawak YA
Hospital Sik Pekan Sik, Sik, 08220, Kedah YA
Hospital Simunjan Jalan Gunung Ngeli, Simunjan, 94800, Sarawak YA
Hospital Sipitang Peti Surat 250, Sipitang, 89857, Sabah YA
Hospital Slim River Hospital Slim River, Slim River, 35800, Perak YA
Hospital Sri Aman Jalan Hospital, Sri Aman, 95007, Sarawak YA
Hospital Sultan Abdul Halim Jalan Lencongan Timur Bandar Amanjaya, Sungai Petani, 08000, Kedah YA
Hospital Sultan Hj Ahmad Shah Jalan Maran, Temerloh, 28000, Pahang YA
Hospital Sultan Idris Shah Serdang Hospital Serdang Jalan Puchong, Kajang, 43000, Selangor YA
Hospital Sultan Ismail Jalan Persiaran Mutiara Emas Utama, Taman Miount Austin, Johor Bahru, 81100, Johor YA
Hospital Sultan Ismail Petra KM 6, Jalan Kuala Krai – Gua Musang,, Kuala Krai, 18000, Kelantan TIDAK
Hospital Sultan Zainal Abidin Jalan Gong Badak, Kampung Gong Badak, Kuala Terengganu, 21300, Terengganu TIDAK
Hospital Sultanah Aminah Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan, Johor Bahru, 80100, Johor YA
Hospital Sultanah Bahiyah KM 6, Jln Langgar, Alor Setar, 05460, Kedah YA
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Tanah Rata, Cameron Highlands, 39000, Pahang YA
Hospital Sultanah Nora Ismail Jalan Korma, Batu Pahat, 83000, Johor YA
Hospital Sultanah Nur Zahirah Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 20400, Terengganu YA
Hospital Sungai Bakap Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, 14200, Pulau Pinang YA
Hospital Sungai Buloh Jalan Hospital, Sungai Buluh, 47000, Selangor YA
Hospital Sungai Siput Jalan Felda Lasah, Sungai Siput, 31100, Perak YA
Hospital Taiping Jalan Taming Sari, Taiping, 34000, Perak YA
Hospital Tambunan Peti Surat 10, Tambunan, 89657, Sabah YA
Hospital Tampin Jalan Haji Ahmad Zainuddin, Tampin, 73009, Negeri Sembilan YA
Hospital Tanah Merah Jalan Hospital, Tanah Merah, 17500, Kelantan YA
Hospital Tangkak Jalan Hospital, Tangkak, 84900, Johor YA
Hospital Tanjung Karang Jalan Besar, Tanjung Karang, 45500, Selangor YA
Hospital Tapah Jalan Temoh, Tapah, 35000, Perak YA
Hospital Tawau Peti Surat 80, Tawau, 91007, Sabah YA
Hospital Teluk Intan Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, 36000, Perak YA
Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya, Kulai, 81000, Johor YA
Hospital Tengku Ampuan Afzan Jalan Air Putih, Kuantan, 25100, Pahang YA
Hospital Tengku Ampuan Jemaah Jalan Hospital, Sabak Bernam, 45200, Selangor YA
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Jalan Langat, Klang, 41200, Selangor YA
Hospital Tengku Anis Jalan Pasir Puteh, Pasir Puteh, 16800, Kelantan YA
Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Jalan Semenyih, Bandar Kajang, Kajang, 43000, Selangor TIDAK
Hospital Tenom Peti surat 97, Tenom, 89907, Sabah YA
Hospital Tentera Darat, Gemas Gemas, Negeri Sembilan, Gemas, 73400, Negeri Sembilan TIDAK
Hospital Tuanku Ampuan Najihah KM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah, 72000, Negeri Sembilan YA
Hospital Tuanku Fauziah Jalan Kolam, Kangar, 01000, Perlis YA
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban Jalan Rasah, Seremban, 70300, Negeri Sembilan YA
Hospital Tuaran Peti surat 996, Tuaran, 89207, Sabah YA
Hospital Tumpat Jalan Kelaburan, Tumpat, 62000, Kelantan YA
Hospital Tunku Azizah Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur, 50300, Kuala Lumpur YA
Hospital Umum Kuching Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching, 93586, Sarawak YA
Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Jalan Sultan Hj Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, Pahang YA
Hospital Universiti Sains Malaysia Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kampus Kesihatan, Kota Bharu, 16150, Kelantan TIDAK
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah Karung Berkunci 187, Kota Kinabalu, 88996, Sabah YA
Hospital Yan Batu 25 , Jalan Yan, Yan, 06900, Kedah YA
Institut Kanser Negara No 4, Jalan P7, Presint 7 , Putrajaya, 62250, Putrajaya YA
Institut Perubatan & Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia Pusat Perubatan USM Bertam, Universiti Sains Malaysia, Kepala Batas, 13200, Pulau Pinang TIDAK
Institut Perubatan Respiratori Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 53000, Kuala Lumpur TIDAK
Pusat Jantung Sarawak Jalan Expressway Kota Samarahan, Samarahan, 94300, Sarawak YA
Pusat Kawalan Kusta Negara Jalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, Selangor TIDAK
Pusat Pakar Perubatan UiTM PPUiTM Jalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, Selangor TIDAK
Pusat Perubatan Universiti Malaya Lembah Pantai, Kuala Lumpur, 59100, Kuala Lumpur YA

Cara Buat Tuntutan

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

I. Tuntutan penyakit kritikal

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

II. Tuntutan hospitalisasi

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • a) Salinan Nota Discaj
    • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tarikh Akhir Tuntutan

Berikutan sambutan positif terhadap skim mySalam, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga 2025. Bermula 1 Januari 2024, penerima mySalam yang layak bagi tahun 2024 dan seterusnya akan berpeluang untuk menghantar tuntutan kepada mySalam sehingga 30 Jun, pada tahun berikutnya. Di bawah merupakan contoh untuk menggambarkan tarikh tutup bagi penyerahan tuntutan.

Tahun 2024 2025
Tempoh kelayakan 1 Januari 2024 – 31 Disember 2024 1 Januari 2025 – 31 Disember 2025
Tempoh Penyerahan Tuntutan 1 Januari 2024 – 30 Jun 2025 1 Januari 2025 – 30 Jun 2026

Contoh

Encik A adalah penerima mySalam bagi tahun 2024. Beliau menerima notifikasi yang memaklumkan kelayakan beliau pada 1 Disember 2024. Beliau layak untuk menuntut jumlah tuntutan sebanyak RM8,000 dibawah Manfaat Penyakit Kritikal atau sehingga RM700 bagi Manfaat Hospitalisasi bagi tahun 2024.

Encik A perlu menyerahkan tuntutan ini kepada mySalam sebelum 30 Jun 2025.

Sebarang tuntutan bagi perlindungan pada tahun 2024 yang diterima selepas 30 Jun 2025 tidak akan diterima dan diproses.

Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.

Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.

Contoh permohonan yang lulus adalah seperti berikut:

Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda.

Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.

Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan mySalam 2025, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938.

Atau, boleh juga emailkan ke alamat berikut: info@mysalam.com.my 

Atau, lawat kios MySalam di Hospital Kerajaan terdekat.

Layari laman web rasmi mySalam di pautan berikut: https://www.mysalam.com.my/

About admin