free web tracker Zayn Rayyan : Kronologi Kes & Perkembangan Terkini – soka sardar

Zayn Rayyan : Kronologi Kes & Perkembangan Terkini

Zayn Rayyan : Kronologi Kes & Perkembangan Terkini

Negara digemparkan dengan kehilangan dan kematian adik Zayn Rayyan pada Disember tahun lalu. Sehingga hari ini, individu yang terlibat dan bersalah menyebabkan kematian Zayn masih belum dihukum.

Polis masih meneruskan penyiasatan untuk merungkai satu demi satu bukti bagi mendakwa individu yang bersalah tersebut.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada kronologi kes pembuhan Zayn Rayyan dan perkembangan terkini yang dilaporkan secara khusus dan lengkap.

Baca juga:

Siapa Zayn Rayyan?

Zayn Rayyan

Zayn Rayyan adalah seorang kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang dan dijumpai telah meninggal dunia pada 6 Disember 2023.

Kali terakhir ditemui dalam pakaian seragam sekolah bermain di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai di Selangor.

Kronologi Kes

Berikut adalah kronologi kes Zayn Rayyan secara lengkap dari awal kehilangan sehingga perkembangan terkini:

5 Disember, 12:30 tengah hari

  • Ibu kepada kanak-kanak lelaki Autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Mattin berkongsi di Facebook mengeai kehilangan anaknya.

6 Disember, 11:16 pagi

  • Pencarian ibu mangsa gagal menemui anak sulung daripada dua beradik itu dan meminta penduduk setempat membantu mencari kanak-kanak malang berkenaan.

6 Disember, 4:12 petang

  • Beberapa kanak-kanak memberitahu bahawa mereka melihat mangsa masuk ke kawasan belukar berhampiran.
  • Mangsa turut dikatakan dilihat bermain di tingkat tiga blok kediamannya tetapi melarikan diri sebaik melihat kehadiran orang lain.

6 Disember, 4:27 petang

  • Operasi dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya Unit Anjing Pengesan (K9) dan bomba dijalankan di kesemua bangunan perumahan serta kawasan berhampiran namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan mangsa.

6 Disember, 9:00 malam

  • Polis menggerakkan operasi pencarian rumah ke rumah yang membabitkan 40 anggota bersama 60 penduduk setempat. Operasi itu memeriksa 2,482 unit kediaman di 18 blok apartment terbabit.

6 Disember, 10:00 malam

  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhruddin Abd Hamid berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai.

6 Disember, 11:46 malam

  • Lebih memilukan apabila bapa Zayn Rayyan dilihat sukar menerima berita penemuan menyedihkan itu dan pengsan beberapa kali.

7 Disember, 12:02 tengah malam

  • Faizol Najib Abdul Naim, 45, tidak menyangka akan menemui kanak-kanak istimewa itu dalam keadaan tidak bernyawa.

7 Disember, 1:04 pagi

  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid mayat mangsa akan dibedah siasat.

7 Disember, 10.36 pagi

  • Polis akan merakam keterengan saksi, keluarga, dan jiran. Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

7 Disember, 3:30 petang

  • Bedah siasat masih dijalankan oleh pihak Forensik di Hospital Sungai Buloh dan ibu Zayn Rayyan, Ismanira menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

7 Disember, 5:00 petang

  • Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

7 Disember, 6:00 petang

  • Jenazah Zayn Rayyan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

7 Disember, 7:00 petang

  • Jenazah Zayn Rayyan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

8 Disember 2023

  • Polis melakukan mass screening (tapisan besar-besaran) melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terlibat dalam kesalahan seksual.
  • Polis sahkan tiada kesan kecederaan lama menjurus penderaan.

9 Disember 2023

  • Polis menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah penduduk untuk mengumpul maklumat di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

10 Disember 2023

  • Zahari Mohd Reba, Datuk Zayn Rayyan menolak kemungkinan bahawa cucunya dibunuh atas sebab dendam kerana anak dan menantunya baru sahaja berpindah di apartmen berkenaan sekitar tiga tahun lalu.
  • Anjing K9, Gucci dan Ricks melakukan pemeriksaan sebuah stor menjadi tumpuan hari keempat operasi pencarian bahan bukti kes.
  • Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) keluar dari apartmen blok R dengan membawa beberapa bungkusan.
  • Polis mengambil DNA kepada 228 individu yang melibatkan 2,484 unit rumah (18 blok) dan premis perniagaan untuk membantu siasatan.

11 Disember 2023

  • Polis menerima beberapa rakaman dashcam dari pemilik kenderaan yang berada di apartmen.

12 Disember 2023

  • Polis menjumpai pergerakan dari pemeriksaan awalan rakaman dashcam penduduk.
  • Polis mendapatkan bantuan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat.

13 Disember 2023

  • Polis menemukan sehelai stokin dalam takungan air berhampiran lokasi mayat mayat Zayn Rayyan dijumpai.
  • Tiga individu ditahan dipercayai positif dadah di apartment tersebut tetapi tidak berkait kes bunuh itu.

14 Disember 2023

  • Polis kesan saksi dakwa terlihat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R kira-kira 5 petang, hari mangsa dilaporkan hilang (5 Disember)

23 Disember 2023

  • Polis meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam pencarian bukti kes pembunuhan Zayn Rayyan, yang memasuki Fasa 3.

28 Disember 2023

  • Polis mengeluarkan kenyataan tidak menutup siasatan kes bunuh Zayn Rayyan meskipun tiada petunjuk baharu diperoleh.

7 Januari 2024

  • Polis mengesahkan menerima menerima maklumat Interpol namun secara am.

6 Februari 2024

  • Datuk Seri A. Thaiveegan, Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran RM20,000 kepada individu yang membantu penahanan suspek.

23 Februari 2024

  • Polis memaklumkan masih tiada pihak tampil memberi maklumat berhubung kes tersebut walaupun telah ditawarkan ganjaran.

21 Mac 2024

  • Polis menafikan bahawa mereka lambat bertindak dalam siasatan berhubungan pembunuhan Zayn.
  • Penyiasatan terhadap kes pembuhan tersebut masih gigih diteruskan sejak hari pertama Zayn Rayyan dilaporkan hilang.

8 Mei 2024

  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu.

31 Mei 2024

  • Pasangan suami isteri (ibu bapa Zayn Rayyan) ditahan sekitar Puncak Alam bagi membantu siasatan polis.

1 Jun 2024

  • Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan pasangan suami isteri berusia 29 tahun direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

7 Jun 2024

  • Tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari lagi.

12 Jun 20024

  • Datuk dan nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan di Subang Bistari  jam 2.30 petang untuk membantu siasatan pembuhan kanak-kanak autisme tersebut.

13 Jun 2024

  • Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di makhamah di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
  • Berdasarkan pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama telah mengabaikan anaknya, Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
  • Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 setiap seorang tertuduh.
  • Pasangan itu juga diarahkan melaporkan diri di balai polis terdekat sekali setiap bulan selain dilarang menganggu saksi pendakwaan.
  • Tarikh sebutan kes adalah pada 26 Julai 2024.
Sumber infografik: BERNAMA, 13 Jun 2024

8 April 2025 – UPDATE TERKINI PUNCA KEMATIAN BUKAN DISEBABKAN LEMAS

Doktor pakar forensik (SP27) mengesahkan punca kematian Zayn Rayyan bukanlah sebab lemas. Tetapi akibat jerutan kuat di leher. Terdapat kesan lebam otot di leher dan kelenjar tiroid semasa bedah siasat. Jerutan kuat menyekat kemasukan oksigen ke paru-paru dan otak menjadi punca kematian Zayn Rayyan.

9 April 2025

Pada perbicaraan kes Zayn Rayyan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, sebanyak 10 rakaman CCTV telah ditayangkan untuk membantu dalam prosiding. 

Ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas tuduhan mengabaikan anak mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Mereka mengaku tidak bersalah dan perbicaraan masih berlangsung dengan tarikh sebutan seterusnya pada 21 April 2025.

Ibu Zayn Rayyan Diminta Melakonkan Semula Kejadian

Pada 10 Jun 2024 yang lalu, ibu kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29, telah dibawa ke kediaman lama mereka di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor

Ibu mangsa diarahkan untuk melakonkan semula aksi kejadian menggunakan patung kanak-kanak yang dibawa oleh pihak polis.

Suspek dibawa masuk ke kediaman dan lokasi mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman tersebut.

Datuk & Nenek Sebelah Bapa Ditahan

Semalam, 12 Jun 2024 yang lalu. Anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Selangor. telah menahan datuk dan nenek sebelah bapa kepada adik Zayn Rayyan bagi membantu siasatan pembuhan kanak-kanak autisme tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan tersebut setelah pasangan suami isteru itu ditangkap dalam jam 2.30 petang semalam di Subang Bistari.

Permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Makhamah Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, peguam kepada bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin, ketika dihubungi mengesahkan berhubung tangkapan pasangan suami isteri terbabit enggan mengulas lanjut.

Kredit : ohbulan!

Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa

Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin (ejaan betul: Matin) didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 13 Jun 2024 di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pasangan itu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf (kedua-duanya berusia 30 tahun), didakwa atas tuduhan mengabaikan anak mereka yang menghidap autisme, sehingga berpotensi menyebabkan kecederaan fizikal.

Walaubagaimanapun kedua-duanya mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Jaminan ditetapkan sebanyak RM10,000 untuk setiap tertuduh, dengan syarat melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi.

Kredit : Utusan Malaysia

Update Terkini (April 2025)

8 April 2025

Pada 8 April 2025 perbicaraan kes pengabaian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matin berlangsung di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Dalam perbicaraan tersebut, Pakar Perubatan Forensik Dr. Rohayu Shahar Adnan memberitahu mahkamah bahawa Zayn Rayyan meninggal dunia akibat jerutan di leher dan bukannya lemas dalam air.

Bedah siasat juga menemui kecederaan lain termasuk telinga dihiris, dubur luka disumbat objek tumpul, dan lebam di pelbagai bahagian tubuh.

Ketika ditanya DPP mengenai jerutan, doktor pakar ini menjawab ia mungkin berlaku menggunakan tali, lanyard atau kain dipintal Doktor juga sahkan penemuan benda asing pada rongga pernafasan dan dalam perut Zayn Rayyan Benda ini dimasukkan secara paksa ke dalam mulut Zayn Rayyan.

Doktor pakar juga berkata kesan trauma tumpul dan tajam tidak mematikan tetapi penderaan fizikal ke atas Zayn Rayyan.

Kredit: Sinar Harian

Selain itu, Mahkamah Sesyen juga didedahkan dengan beberapa perbualan WhatsApp daripada dua nombor telefon milik dua individu sebelum dan hari kehilangan kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin pada 5 Disember 2023.

Perbualan WhatsApp antara ibu bapa Zayn Rayyan (Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf) mendedahkan mesej berbaur tekanan seperti:

  • 5 Disember 2023 (hari kehilangan): “Zayn hilang”“dia lari”“lantaklah nak hidup ke nak mati”, dan “letih gila aku mencari”.
  • 20 Jun 2023“stressnya sampai rasa nak bunuh orang je”“aku nak rehat pun tak leh”, dan “belasah je sampai puas”.

9 April 2025

Pada 9 April 2025 pula, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya telah menayangkan 10 rakaman CCTV semasa perbicaraan, termasuk:

  • Kelibat kanak-kanak dipercayai Zayn Rayyan dalam longkang berhampiran Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember 2023 (12:13 tengah hari)
  • Rakaman ibu mangsa (Ismanira) di sebuah pasar raya sekitar jam 11:54–11:57 pagi pada tarikh sama6.
  • Saksi lelaki berbaju hitam berlari di kawasan kejadian (12:08 tengah hari)

Wajah kanak-kanak dalam rakaman tidak dapat dikenal pasti secara jelas akibat halangan pagar dan jarak kamera. 

Saksi Latifah Abdul Aziz (PDRM) mengesahkan imej tersebut tetapi menyatakan ketidakpastian mengenal pasti individu dalam rakaman.

Ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas tuduhan mengabaikan anak mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Mereka mengaku tidak bersalah dan perbicaraan masih berlangsung dengan tarikh sebutan seterusnya pada 21 April 2025.

Sama-sama kita doakan agar kes pembunuhan adik Zayn Rayyan segera diselesaikan dan mangsa mendapat keadilan yang sepatutnya.

Sumber:

  1. Kronologi Kes Zayn Rayyan. Harian Metro
  2. Kronologi kes pembunuhan Zayn Rayyan. Kosmo
  3. Terkini: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Dipercayai Untuk Lakonan Semula Kejadian. Harian Metro

About admin