free web tracker Doa Untuk Palestin: Lafaz Doa dan Maksudnya – soka sardar

Doa Untuk Palestin: Lafaz Doa dan Maksudnya

Sebagai kaum Muslim, jangan lupa kita sentiasa doa untuk rakyat Palestin yang sedang dizalimi oleh pengganas Zionis.

Krisis di Palestin bukan hanya isu orang Islam, sebaliknya merupakan isu kemanusiaan sejagat apabila kanak-kanak dan wanita yang tidak bersalah untuk menjadi mangsa serangan dan penngeboman.

Malah, tindakan rejim Zionis hospital-hospital turut dikritikan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Alasan mereka ianya menjadi tempat persembunyian Hamas adalah dakwaan semata-mata malah terrdapat media Barat yang membuat naratif seoleh-oleh Hamas sendiri yang menyerang hospital-hospital di Gaza.

Walaupun kita mungkin tidak mampu ke sana menjadi Mujahidin, sekurang-kurangnya lakukan apa sahaja termampu dengan daya upaya kita antaranya memberikan sumbangan bantuan derma dan sentiasa mendoakan kesejateraan mereka tiap-tiap hari.

Amalan untuk mendoakan mereka ini selari dengan saranan Nabi Muhammad SWT:

( Hadis Riwayat Muslim)

Contoh Lafaz & Bacaan Doa Untuk Palestin

Doa untuk Palestin ini boleh dibaca setiap kali selepas solat atau dalam apa juga majlis keramaian.

DOA 1 – DOA BUAT GHAZZAH SARANAN SHEKH DR ALI AL-SALLABI

‎اللَّهُمَّ إِنَّا نَشْكُو إِلَيْكَ ظُلْمَ الأَقْوِيَاءِ، وَخُنُوعَ الضُّعَفَاءِ، وَشُحَّ الأَغْنِيَاءِ، وَعَجْزَ الأُمَنَاءِ، وَخِيَانَةَ الأَقْوِيَاءِ، وَكَيْدَ الأَعْدَاءِ، وَخِذْلَانَ الأَصْدِقَاءِ

Ya Allah, sesungguhnya kami mengadu kepada-Mu akan kezaliman orang yang kuat, ketundukan orang yang lemah, kedekut orang yang kaya, kelemahan orang yang amanah, pengkhianatan orang yang kuat, tipu daya musuh, dan pengkhianatan kawan.

‎اللَّهُمَّ إِنَّا نَشْكُو إِلَيْكَ دِمَاءً سُفِكَتْ، وَأَعْرَاضًا هُتِكَتْ، وَحُرُمَاتٍ انتُهِكَتْ، وَمَسَاجِدَ دُمِّرَتْ، وَمَنَازِلَ خُرِّبَتْ، وَمَدَارِسَ عُطِّلَتْ، وَمَزَارِعَ أُحْرِقَتْ، وَأَطْفَالًا أَبْرِيَاء يُتِّمَتْ، وَنِسَاءً تَأَيَّمَتْ، وَأُمَّهَاتٍ ثُكِلَتْ

Ya Allah, sesungguhnya kami mengadu kepada-Mu darah yang telah tertumpah, maruah yang tercemar, penghormatan yang dicabuli, masjid yang dimusnahkan, rumah yang diruntuhkan, sekolah yang ditutup, ladang yang dibakar, kanak-kanak yang menjadi yatim, wanita yang menjadi janda, dan ibu yang kehilangan anak.

‎اللَّهُمَّ فَانْتَصِرْ لِعِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ، وَاثْأَرْ لِجُنُودِكَ الْمُوَحِّدِينَ، وَانْتَقِمْ مِنَ الطُّغَاةِ الْمُسْتَكْبِرِينَ

Ya Allah, tolonglah hamba-hamba-Mu yang beriman, dan bantulah tentera-Mu yang bertauhid, dan balaslah ke atas penguasa yang sombong.

‎اللَّهُمَّ أَحِلَّ بِهِمْ سَخْطَكَ، وَأَنْزِلْ عَلَيْهِمْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ، وَاحْرِمْهُمْ مِنْ حِلْمِكَ وَإِمْهَالِكَ، وَأَرِنَا فِيهِمْ بَطْشَكَ وَقُوَّتَكَ يَا جَبَّارُ، يَا قَهَّارُ، يَا عَظِيمُ، يَا قَوِيُّ، انْتَقِمْ مِنْ أَعْدَائِكَ أَعْدَاءِ الدِّينِ

Ya Allah, jatuhkanlah ke atas mereka kemurkaan-Mu, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan azab-Mu, dan haramlah mereka dari kesabaran dan penangguhan-Mu, dan tunjukkan kepada kami kekuatan dan kuasa-Mu, Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Mengalahkan, Maha Agung, Maha Kuat, balaslah ke atas musuh-musuh-Mu, musuh-musuh agama-Mu.

‎اللَّهُمَّ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيثِينَ، يَا مَنْ أَهْلَكْتَ ثَمُودَ بِالطَّاغِيَةِ، وَأَهْلَكْتَ عَادًا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ، وَأَخَذْتَ فِرْعَوْنَ وَجُنْدَهُ أَخْذَةً رَابِيَةً، أَهْلِكْ هَذِهِ الطُّغْمَةَ الْمُتَجَبِّرَةَ الْبَاغِيَةَ، وَلَا تَبْقَ لَهُمْ فِي أَرْضِ الْمُقَدَّسِ مِن بَاقِيَةٍ

Ya Allah, wahai Penolong orang yang meminta pertolongan, wahai yang membinasakan kaum Thamud dengan petir yang menyambar, membinasakan kaum ‘Ad dengan angin yang ganas dan yang mengambil nyawa Fir’aun dan tenteranya dengan pukulan maut yang perkasa, binasakanlah golongan yang sombong dan zalim ini, dan jangan biarkan mereka tinggal sedikit pun di tanah yang suci ini.

‎اللَّهُمَّ إِنَّهُمْ طَغَوْا فِي البِلَادِ، فَأَكْثَرُوا فِيهَا الفَسَادَ، اللَّهُمَّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابٍ، وَكُنْ لَهُمْ بِالْمِرْصَادِ، دَمِّرْهُمْ كَمَا دَمَّرْتَ إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ

Ya Allah, sesungguhnya mereka telah melampaui batas di negeri ini, mereka banyak melakukan kerosakan di dalamnya. Ya Allah, tumpahkanlah ke atas mereka pukulan cemeti azab-Mu, dan hadapkanlah mereka ke dalam neraka, binasakanlah mereka seperti Engkau membinasakan kaum ‘Iram yang memiliki bangunan yang megah.

‎اللَّهُمَّ قَدْ انسَدَّتِ الطُّرُقُ إِلَّا إِلَيْكَ، وَانْقَطَعَ الاعْتِمَادُ إِلَّا عَلَيْكَ، وَضَاعَ الأَمَلُ إلا مِنْكَ، وَخَابَ الرَجَاءُ إِلَّا فِيكَ، وَأُغْلِقَتِ الأَبْوَابُ إِلَّا بَابَكَ، وَانْقَطَعَتِ الأَسْبَابُ إِلَّا أَسْبَابَكَ، وَضَاقَ كُلُّ جَنَابٍ إِلَّا جَنَابَكَ

Ya Allah, sesungguhnya semua jalan tertutup kecuali menuju kepada-Mu, dan semua sokongan terputus kecuali daripada-Mu, semua harapan hilang kecuali daripada-Mu, dan segala pintu tertutup kecuali pintu-Mu, segala cara terputus kecuali cara-Mu, dan setiap tempat menjadi sempit kecuali tempat-Mu.

‎اللَّهُمَّ كُنْ لِإِخْوَانِنَا فِي غَزَّةَ مُعِينًا وَنَصِيرًا، وَهَادِيًا، وَمُثَبِّتًا، وَمُؤَيِّدًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ

Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di Ghazzah sebagai pembantu dan penolong, sebagai petunjuk, pengukuh, dan penyokong, wahai Tuhan sekalian alam.

‎اللَّهُمَّ ارْحَمْ شُهَدَاءَهُمْ وَتَوَلَّ أَهْلَهُمْ مِن بَعْدِهِمْ، وَكُنْ لَهُمْ عَوْنًا وَمَعِينًا، وَحَافِظًا وَنَاصِرًا مُثَبِّتًا، آمِين يَا رَبَّ العَالَمِينَ

Ya Allah, rahmatilah para syuhada mereka dan peliharalah keluarga mereka setelah mereka. Jadilah untuk mereka pembantu dan penolong, pelindung dan penyokong yang mengukuhkan. Amin, wahai Tuhan sekalian alam.

‎يَا أَكْرَمَ الأَكْرَمِينَ أَجِبْ دُعَاءَ الصَّادِقِينَ مِنَ الْمُسْتَغِيثِينَ وَالْمُتَضَرِّعِينَ

Wahai yang paling mulia di antara yang mulia, kabulkanlah doa mereka yang jujur yang meminta pertolongan dan bersungguh-sungguh.

‎اللَّهُمَّ آيَةً مِن آيَاتِكَ العِظَامِ وَرَمْيَةً مِن رَمَيَاتِكَ، سَدِّدْ رَمْيَهُمْ وَثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ وَارْبِطْ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ

Ya Allah, berikanlah satu tanda dari tanda-tanda keagungan-Mu dan satu lontaran dari lontaran-Mu, tetapkan lontaran mereka, teguhkan kaki mereka, teguhkan hati mereka, dan bantulah mereka melawan musuh-Mu dan musuh mereka.

‎اللَّهُمَّ إِنْ تَهْلِكُ هَذِهِ العِصَابَةَ مِنْ أَهْلِ الإِسْلَامِ فَسَوْفَ تَكُونُ فِتْنَةً، وَفَسَادًا كَبِيرًا

Ya Allah, jika kumpulan umat Islam ini musnah, akan menjadi satu fitnah dan kerosakan yang besar.

‎فَاللَّهُمَّ أَمِدَّهُمْ بِمَدَدِكَ الَّذِي مَدَّدْتَ بِهِ نَبِيَّكَ يَوْمَ بَدْرٍ، وَاجَعَلِ الدَّائِرَةَ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ.

Oleh itu, Ya Allah, berikanlah mereka bantuan yang telah Engkau berikan kepada Nabi-Mu pada hari Badar, dan jadikanlah kehancuran menimpa musuh-Mu dan musuh mereka.

‎إنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الحَقُّ ﴿وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبْعَثَنَّ عَلَيْهِمْ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ مَنْ يَسُومُهُمْ سُوءَ العَذَابِ﴾ [الأعراف ١٦٧]، فَاجْعَلْ عَذَابَهُمْ عَلَى أَيْدِي هَذِهِ الفِئَةِ المُرَابِطَةِ فِي سَبِيلِكَ.

Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan firman-Mu adalah benar: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu, sesungguhnya Dia akan mengirimkan kepada mereka orang yang akan menyiksa mereka dengan siksaan yang berat sampai hari Kiamat.” (Surah Al-A’raf 7:167), maka jadikanlah azab mereka di tangan kumpulan mujahidin dalam jalan-Mu ini.

‎إنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيرٌ وَبِالإِجَابَةِ جَدِيرٌ

Sesungguhnya, Engkau berkuasa atas segala sesuatu dan layak untuk memperkenankan doa.

Sumber: https://www.facebook.com/share/1ACACrsRwX/?mibextid=wwXIfr via Ustaz Syaari Ab Rahman

DOA 2 – DOA UNTUK PALESTIN

اللَّهُمَّ انصُرْ إِخْوَانَنَا في فِلَسْطين
اللَّهُمَّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ، اللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ
اللَّهُمَّ صَبِّرْهُمْ عَلَى مُصِيبَتِهِم
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ

Ya Allah, Engkau tolonglah saudara-saudara kami di Palestin untuk mencapai kemenangan. Ya Allah, Engkau teguhkanlah tapak pendirian mereka. Ya Allah, Engkau kuatkanlah tekad mereka. Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesabaran kepada mereka untuk menghadapi musibah. Ya Allah, Engkau terimalah para syuhada mereka.

DOA 3 – DOA BUAT PALESTIN

اللَّهُمَّ أَنْجِ إِخْوَانَنَا في غَزَّة
اللَّهُمَّ أَنْجِ إِخْوَانَنَا في فِلَسْطِين
اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى الصَّهَايِنَةِ الْمُعْتَدِينَ
اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا سِنِينَ كَسِنِي يُوسُف

Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami di Gaza
Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin
Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang beriman.
Ya Allah keraskanlah siksaan-Mu ke atas golongan Zionis yang melampaui batas dan timpakanlah kepada mereka musim kemarau sebagaimana terjadi di zaman Yusuf.

doa untuk palestin

Maksudnya:

Ya Allah selamatkanlah saudara-sauudara kami di Gaza
Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin
Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang beriman
Ya Allah keraskanlah siksaan-Mu ke atas golongan Zionis yang melampaui batas dan timpakanlah kepada mereka musim kemarau sebagaimana terjadi di zaman Yusof

“Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmat-Mu yang melimpah-ruah.”

Berikanlah hidayah kepada para pemimpin, tetapkanlah hati mereka dan kuatkanlah kesabaran keluarga para pejuang di sana. Jadikanlah pengorbanan mereka sebagai syuhada’.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung.
Tunjukkanlah kemukjizatan qudrahmu, gantikanlah perjuangan mereka, nyawa dan darah mereka dengan kemenangan di akhirat dan syurgaMu.

Ampunkanlah kami hamba mu yang serba lemah ini.
Kami memohon kepadaMu Ya Allah…
Kabulkanlah doa kami dan harapan orang-orang Palestin.

> Dapatkan mafla solidariti bersama Palestin – lebih 5 ribu terjual!

Mari sama-sama kita membaca doa Qunut Nazilah dan menunaikan Solat Sunat Hajat untuk saudara-saudara Islam di bumi Gaza, Palestin.

Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin

Selain doa untuk Palestin di atas, kita juga boleh membaca doa Qunut Nazilah buat saudara mara kita di Palestin.

Qunut Nazilah ialah doa khas dalam semua solat ketika umat Islam ditimpa sebarang bencana seperti serangan musuh, penularan wabak penyakit, kemarau dan sebagainya.

Qunut Nazilah adalah sunnah Nabi SAW yang perlu dilaksana untuk mendapat bantuan daripada Allah atas bencana yang melanda.

Nabi SAW pernah mendoakan kemusnahan kepada tiga kabilah Arab iaitu Ri’lan, Dhakwan dan ‘Usayyah yang menipu baginda SAW sehingga menyebabkan 70 sahabat Ansar mati dibunuh. (Sahih al-Bukhari, 3781).

Baginda SAW turut melakukan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan beberapa sahabat Nabi yang ditawan di Mekah.

Ada 3 cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah

DOA QUNUT NAZILAH

DOA QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN

اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

“Ya Allah Sesungguhnya kami letakkan Engkau di tengkuk musuh-musuh kami, Dan kami berlindung kepada Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah, hancur leburkan kumpulan-kumpulan mereka, dan kacau bilaukan persatuan mereka, serta cerai-beraikan pakatan mereka, Goncangkan pendirian mereka, dan hantarkan kepada mereka anjing-anjing Mu.”

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله ,

“Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, Wahai Tuhan Yang Maha Keras, Wahai Tuhan Yang Maha Membalas.”

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِمهم , وانصُرْنا عليهم

“Wahai Allah, Tuhan Yang Menurunkan kitab (Al-Qur’an), Tuhan Yang Menggerakkan Awan, Tuhan Yang Mengalahkan Tentera Ahzab, Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.”

doa untuk palestin
Sumber: FB Puteri Umno Kota Raja

BACAAN QUNUT NAZILAH (RUMI)
ALLâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fi Nuĥuri ‘A‘-Dâ ‘Innâ‚
Wa Na-‘Użu-Bika Min Syuru-Rihim,
ALLâhumma Baddid Syam-Lahum
Wa Farriq Jam-‘Ahum‚
Wa Syattit Kalimata-Hum,
Wa Zal-Zil ‘Aqdâ-Mahum,
Wa Salliţ ‘Alayhim Kalbân Min Kilâbik‚
Yâ Qahhâr‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqimu
Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâh‚
ALLâhumma Yâ Mun-Zilal-Kitâb‚
Yâ Mujriyas-Saĥâb‚
Yâ Hazimal Aĥzâb
Ihzim-Hum. Wan-Şurnâ ‘Alayhim

DOA QUNUT NAZILAH 2

doa untuk palestin

Bacaan Qunut Nazilah diharuskan dibaca ketika umat Islam ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan agama suci itu dan Muslim secara keseluruhan sama ada diperangi secara nyata atau dikhianati musuh.

Musibah dimaksudkan menurut Imam al-Nawawi adalah yang menimpa ke atas orang Islam seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain.

Ibn Hajar al-Haitami pula menjelaskan sama ada nazilah tersebut bersifat umum atau khusus yang melibatkan masyarakat umum yang mana kemudaratannya akan melibatkan umat Islam seperti wabak dan juga taun serta hujan lebat yang memudaratkan.

Artikel berkaitan: Qunut Nazilah : Panduan & Doa

About admin