hit tracker 20 Tempat Menarik di Kudat, Sabah & Penginapan – soka sardar

20 Tempat Menarik di Kudat, Sabah & Penginapan

20 Tempat Menarik di Kudat, Sabah & Penginapan

Kudat adalah merupakan salah satu daerah yang terletak di negeri Sabah. Kalau dalam peta Sabah, ia berada di bahagian ‘tanduk’ Sabah yang paling utara. 

Walaupun mungkin tidak sepopular Kota Kinabalu atau Semporna, Kudat juga menawarkan keindahan alam semula jadi, pengalaman budaya yang unik serta pelbagai tarikan menarik yang sukar ditemui di tempat lain.

Jom kita tengok senarai 20 tempat menarik di Kudat, Sabah yang wajib anda kunjungi untuk pengalaman percutian yang luar biasa!

BACA JUGA: Pulau Mengalum, Sabah – Tarikan Utama & Aktiviti Menarik

20 Tempat Menarik di Kudat, Sabah

1. Simpang Mengayau

Simpang Mengayau atau lebih dikenali sebagai Tip of Borneo adalah lokasi yang paling popular di Kudat.  Ia adalah lokasi pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu. 

Di sini anda dapat melihat pemandangan laut dan juga panorama matahari terbenam yang sangat memukau. Sambi tu anda boleh bersantai menikmati angin sepoi-sepoi dan deruan ombak. 

Sumber: Sabah Bossku

2. Kudat Riviera

Kudat Riviera menawarkan pengalaman penginapan mewah di tepi pantai dengan pemandangan laut yang menakjubkan. 

Resort ini sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan, privasi dan suasana eksklusif untuk percutian bersama keluarga atau pasangan. Kalau nak berbulan madu, memang recomended sangat untuk menginap di sini!

Sumber: Sabah Bossku
Sumber: Sabah Bossku

3. Pantai Kelambu

Pantai Kelambu terkenal dengan pasirnya yang putih dan air laut biru yang sangat jernih. Keunikan pantai ini adalah bentuknya yang seakan-akan pulau kecil bersambung ke tanah besar oleh pasir timbul. 

Ia merupakan lokasi yang menarik untuk bergambar dan juga bersantai bersama keluarga. 

Sumber: Sabah Bossku

4. D’view Kudat

Bagi penggemar landskap hijau dan bukit-bukau, D’View Kudat adalah pilihan penginapan yang ideal. Udara di sini pun segar! 

Sumber: Sabah Bossku

5. Dreamland Resort

Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan untuk menginap di Dreamland Resort. Dreamland Resort terkenal dengan landskap tropikanya.

Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti berkayak, snorkeling dan berbasikal di sekitar kawasan pantai.

Sumber: Sabah Bossku
Sumber: Sabah Bossku

6. Pulau Pantanunan

Pulau Pantanunan adalah salah satu hidden gem di Kudat. Dikelilingi oleh air laut biru kehijauan dan terumbu karang yang masih terpelihara, Pulau Pantanunan sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling dan menyelami.

Sumber: Sabahan

7. Frangipani Villa

Seterusnya, Frangipani Villa juga antara pilihan penginapan di Kudat yang menawarkan penginapan eksklusif dengan sentuhan moden dan pemandangan taman tropika.

Lokasinya yang strategik memudahkan akses ke pelbagai tempat menarik di Kudat. Ramai yang kata vibes di sini seperti berada di Bali tapi versi Kudat!

Sumber: Sabah Bossku

8. Misompuru Homestay Kudat

Misompuru Homestay Kudat menawarkan pengalaman unik kepada pelancong untuk merasai sendiri kehidupan masyarakat Rungus di kampung tradisional Sabah.

Sumber: Sabah Tourism

Sebagai tetamu, anda akan tinggal bersama keluarga angkat, menikmati makanan tempatan, serta terlibat dalam aktiviti harian seperti menangkap ketam, melawat ladang lebah madu dan mempelajari seni kraf tangan serta budaya tradisional Rungus.

Seronokkan?!

Selain itu, anda juga berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar kampung serta menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan seperti mencuba pakaian tradisional dan menyaksikan tarian tradisi.

Sumber: Sabah Tourism

9. Pulau Balambangan

Pulau Balambangan  juga antara tempat menarik di Kudat yanh semakin popular dengan tarikan terbarunya iaitu Balambangan Cave. Bambalangan Cave adalah, sebuah gua yang kaya dengan sejarah dan keunikan geologi. 

Selain itu, pulau ini juga terkenal dengan keindahan semula jadinya dan kehidupan marinnya yang pelbagai.

Sumber: Sabah Bossku

10. Tajau Laut Guesthouse

Tajau Laut Guesthouse juga salah satu tempat penginapan di Kudat Sabah yang boleh anda pertimbangkan. Guesthouse ini terletak di kawasan terpencil berhampiran pantai.

Ia menawarkan suasana tenang dikelilingi alam semula jadi. Memang sangat sesuai untuk pelancong yang ingin lari daripada kesibukan bandar dan menikmati ketenangan serta keindahan laut.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang berada di sini termasuklah berjalan di tepi pantai, bersantai dan merasai makanan tempatan yang dimasak oleh tuan rumah.

Untuk ke sini, anda boleh memandu sendiri, menaiki minibus dari Kota Kinabalu ke Kudat, atau menggunakan teksi dengan perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam dari Kota Kinabalu.

11. Pantai Bak-Bak

Pantai Bak-Bak juga salah satu tempat menarik di Kudat yang anda boleh kunjungi. Kawasannya pantainya sangat luas dan merupakan lokasi perkelahan yang popular dalam kalangan penduduk tempatan. 

Sumber: Sabah Bossku

Pantai ini boleh  diakses melalui jalan utama menuju ke Simpang Mengayau, “Tip of Borneo”.  Pantai Bak-Bak juga dilengkapi kemudahan asas seperti tandas awam, kawasan berteduh, meja, kawasan barbeku, restoran  dan sebagainya. 

Anda juga boleh menginap di resort 9 Hut On A Hill, dekat sangat dengan pantai ini!

12. Secret Place Cafe & Camping

Secret Place Cafe & Camping menawarkan pengalaman glamping di tepi pantai lengkap dengan kafe yang menyajikan hidangan tempatan.

Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini ialah stargazing dan BBQ pada waktu malam. Memang best!!

Sumber: Secret Place Cafe & Camping

13. Tindakon Dazang Beach

Tindakon Dazang Beach adalah antara pantai tercantik di Kudat tau! Pantai ini mungkin kurang dikenali tetapi keindahannya setanding dengan pantai-pantai terkenal yang lain.

Pantai ini dikelilingi tebing batu dan juga laut biru yang menggoda. Kalau ambil gambar kat sini memang lawa!

Sumber: Sabah Bossku

14. Pantai Kalampunian

Seterusnya, tempat menarik di Kudat yang anda tidak boleh lepaskan ialah Pantai Kalampunian. Ia terletak berhampiran Simpang Mengayau dan terkenal sebagai lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam.

Pantai Kalampunian
Pantai Kalampunian

15. DMA Gombizau Honey Bee Farm

Untuk melihat sendiri proses penternakan lebah madu secara tradisional oleh masyarakat Rungus., anda boleh singgah di DMA Gombizau Honey Bee Farm. 

Selain itu, di sini juga anda boleh mencuba madu asli dan membeli produk tempatan sebagai cenderamata.

DMA Gombizau Honey Bee Farm

16. Kampung Bavanggazo Longhouse

Untuk mengenali budaya Rungus dengan lebih dekat, pastikan anda singgah di Kampung Bavanggazo Longhouse.  

Anda boleh menyaksikan seni kraftangan, tarian tradisional dan merasai pengalaman melihat rumah panjang tradisional masyarakat Rungus di kampung ini. 

Kampung Bavanggazo Longhouse
Kampung Bavanggazo Longhouse

Wonder Khayalan Home Art Gallery adalah galeri seni tempatan yang mempamerkan hasil karya kreatif tempatan. 

Untuk pencinta seni atau sesiapa yang ingin melihat hasil karya tempatan Sabah, galeri ini sangat menarik dan sesuai untuk diterokai. Ada pelbagai karya tempatan dalam bentuk mural dan lukisan 3D di pamerkan di galeri ini. 

Sumber: G Wonder Khayalan Home Art Gallery

18. Tambakan Fish Farm

Tambakan Fish Farm menawarkan pengalaman lawatan ke ladang ikan air masin. Anda boleh melihat pelbagai spesies ikan dan mempelajari teknik penternakan moden di sini. 

Tambakan Fish Farm bukan sahaja terkenal dengan penternakan ikan, tetapi juga sebagai destinasi makan tengah hari yang popular di Kudat. Semuanya segar-segar!

Sumber: JAMES FISH FARM Kudat Tambakan 

19. Kilang Gong Kampung Sumangkap

Kilang Gong Kampung Sumangkap adalah salah satu tempat menarik di Kudat yang menampilkan budaya Sabah. 

Di sini anda boleh aksikan sendiri proses pembuatan gong tradisional, alat muzik penting dalam upacara masyarakat Sabah dan juga membawa pulang gong sebagai cenderamata. 

Kilang Gong Kampung Sumangkap
Kilang Gong Kampung Sumangkap

20. Maranjak Longhouse

Maranjak Longhouse menawarkan pengalaman budaya yang autentik dengan penginapan di rumah panjang tradisional yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan moden!

Jangan lupa nonton persembahan kebudayaan, makan makanan tradisional tempatan dan sertai aktiviti bersama komuniti Rungus yang mesra sepanjang kunjungan anda di sini. Ia pasti meninggalkan memori yang tidak terlupakan!

About admin